Saturday, May 28, 2011

Terima Kasih

Apakah nilai kepada setiap ahli apabila seseorang mengucapkan “Terima Kasih” kepada Club-Asteria. Ucapan “Terima Kasih” diteruskan dengan kata-kata; ” Bagaimana saya boleh mengucapkan Terima Kasih yang sebenarnya kepada semua ahli Club-Asteria yang benar-benar mengambil berat dengan membantu ketika dalam saat-saat terdesak”. Di Club-Asteria, bagi pihak semua ahli, kami menerima email dan mendengarnya setiap hari sepanjang tahun. Ucapan “Terima Kasih” kerana membantu kanak-kanak yang tiada tempat tinggal iaitu anak yatim-piatu dan tiada bumbung diatas mereka. Ucapan “Terima Kasih” apabila kanak-kanak boleh ke sekolah dan mendapat pendidikan. Kebaikan dan Murah hati setiap ahli dan falsafah yang mendalam dalam komitmen untuk membantu mereka yang tidak dapat membantu diri sendiri telah mewujudkan perbezaan ini.

Kerana ini juga la, seorang bapa di Kambodia boleh menyara keluarga kerana kami memberikan mereka pinjaman mikro untuk memperbaiki lori, seorang ibu di India dapat menyumbang kepaada kebajikan keluarga dengan memberikan dia bantuan kewangan untuk membeli mesin jahit dan pakaian. Dari pekebun kepada perniaga kecil dan wanita, kepada usahawan dalam apa jua perniagaan, pinjaman mikro yang disediakan oleh ahli membolehkannya melakukan perbezaan diantara kehidupan dan kematian. Tidak kira apa jua keadaan dalam kehidupan, terdapat terlalu ramai manusia didunia yang amat memerlukan bantuan lebih dari apa yang kita perlukan.

Tujuan sebenar dan nilai asas Club-Asteria adalah untuk sampai kepada orang tersebut diseluruh dunia yang tidak dapat membantu diri sendiri. Kami menyediakan bantuan dimana tiada orang lain yang menyediakanya. Kami memberikan mereka harapan dan kepercayaan di dunia yang lebih baik. Setiap program, perkhidmatan dan produk yang ditawarkan kepada ahli dapat membantu kami menyempurnakan misi demi membantu mereka yang memerlukan. Kami membantu ramai keluarga dan masyarakat untuk mendapat bekalan air yang bersih, rawatan perubatan yang lebih baik, tempat tinggal, makanan yang berkhasiat dan pendidikan untuk anak-anak mereka. Saya secara peribadi ingin mengambil peluang ini mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada setiap ahli Club-Asteria yang telah menjadikan ini semua satu kenyataan. Usaha ahli untuk menjadi baik dan melakukan terbaik sementara kita hidup didunia ini adalah amat membanggakan.

Kami akan terus menerus berusaha mengejar misi dan visi dalam memperbaiki kehidupan orang ramai sehingga ke generasi yang akan datang. Tiada ucapan “terimakasih” yang diperlukan oleh kami di Club-Asteria kerana ia adalah tanggungjawab kita dan tugas kita dalam kehidupan untuk berbakti dalam membantu orang lain. Ini adalah yang sebenar-benarnya disebalik Club-Asteria

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan ini mungkin kurang tepat. Sila rujuk NEWS di web Club-Asteri

No comments:

Post a Comment