Wednesday, May 4, 2011

Apa yang anda patut tahu pasal CashX

CashX adalah satu lagi kaedah pembayaran secara online (payment processor) selain dari Alertpay, Paypal, Solid Trust Pay, e-gold, Liberty Reserve dan sebagainya. Ia bertujuan untuk urusan pembelian dan pembayaran terutama dalam perniagaan online. Club-Asteria menggunakan CashX sebagai kaedah untuk pembayaran dan pengeluaran komisen. Syarikat ini beroperasi di Canada dan cawangannya di Australia.

Berikut adalah beberapa maklumat yang anda patut tahu mengenai CashX.

Deposit Wang:

  • Melalui “bank wire” . Caj yang dikenakan ialah $30 (masa diperlukan 2-3 hari bekerja)
  • Menggunakan kad kredit. Caj yang dikenakan 5.50% + $0.75 USD (masa diperlukan 1-5 hari bekerja)

Pengeluaran Wang:

  • Cara “bank wire” . Caj yang dikenakan ialah $30 (masa diperlukan 1-2 hari bekerja)
  • Menggunakan Kad Debit CashX. Caj yang dikenakan ialah $3.95 (masa diperlukan 1 hari bekerja)
  • Menggunakan kad kredit. Caj yang dikenakan $4.95 (masa diperlukan 1-5 hari bekerja)

Penerimaan Wang ke Akaun CashX

  • Setiap kali anda menerima wang dari akaun CashX lain, akan dikenakan caj 1% + 0.25USD (dibawah nilai $500) dan caj max $5 (nilai $500 keatas).
    Contoh, $250 akan dikenakan caj 1% x 250 = $2.50 + 0.25usd = $2.75
    Jika $500 keatas akan dikenakan caj $5. Contoh $1000 akan dikenakan juga $5. Tiada caj tambahan

Manakah yang lebih baik, AlertPay atau CashX?

Ini adalah soalan yang kerap ditanya. Berkaitan dengan Club-Asteria, sekiranya anda masih baru dalam menceburi perniagaan ini, adalah disyorkan menggunakan Alertpay terlebih dahulu kerana cara deposit yang lebih mudah dan murah melalui kaddebit ATM Maybank dan Deposit melalui Royal Bank of Scotland (RBS).

Lagipun, akaun Alertpay Personal Starter tidak mengenakan caj bagi penerimaan wang dibawah $400 dalam masa sebulan atau $2000 dalam masa setahun. Jika lebih $400 wang diterima dari Club-Asteria atau dari akaun Alertpay lain, Akaun Alertpay anda akan dinaiktaraf secara automatik ke Personal Pro dan dikenakan caj 2.5%+0.25usd bagi setiap transaksi penerimaan wang

Dalam kes Club-Asteria, sekiranya akaun Alertpay anda sudah menjadi Personal Pro dan untuk mengurangkan caj 2.5%+0.25usd tersebut, anda ada pilihan untuk membuat pengeluaran wang ke CashX. Anda boleh pilih kaedah pengeluaran wang dari CashX seperti yang dinyatakan diatas.

Berikut adalah perbezaan pengeluaran wang komisen Club-Asteria melalui Alertpay vs CashX .
Sekiranya akaun Alertpay anda masih Personal Starter dan pengeluaran komisen Club-Asteria dibawah $400, Alertpay adalah terbaik.

Contoh pengeluaran komisen Club-Asteria $500 menggunakan

  • Alertpay: $500 x 2.5% = $12.50 +0.25usd = $12.75 caj dikenakan
  • CashX: $500 dikenakan $5 caj sahaja

Lagi contoh… Pengeluaran komisen $1000 menggunakan

  • Alertpay: $1000 x 2.5% = $25 + 0.25usd = $25.25 caj dikenakan
  • CashX: $1000 dikenakan $5 caj sahaja

Kos beli USD untuk belian asterios atau upgrade ND lebih murah dengan cashX jika rate berikut digunakan..
Alertpay (rate 3.2) vs CashX (rate 3.1) - Rate ini hanya sebagai contoh/panduan.

Contoh.. beli $250 asterios

  • Alertpay: $250 x 3.2 = RM800
  • CashX: $250 + 1%+0.25usd = $250 + 2.75 = $252,75 x 3.1 = RM783.55

Contoh.. upgrade ND1 ($1000)

  • Alertpay: $1000 + 2.5%+0.25 = $1000 + 25.25 = $1025.25 x 3.2 = RM3280.80
  • CashX: $1000 + $5 = $1005 x 3.1 = RM3115.50

Nota 1: Saya tidak mengsyorkan mana yang terbaik samada Alertpay atau CashX, ia terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Yang penting anda boleh mendeposit wang dan mengeluarkannya ke bank anda tanpa masalah.

Nota 2: Anda boleh membuat pengeluaran komisen Club-Asteria ke CashX dan membuat tempahan KadDebit Cashx terlebih dahulu. Kos yang dikenakan ialah $6.95 untuk penghantaran secara biasa (Standard Mail USA/CAN). Sila rujuk di web ini bagaimana untuk menggunakan KadDebit CashX (sila lihat caj transaksi yang dikenakan)

No comments:

Post a Comment