Wednesday, May 18, 2011

Ia Mengambil Masa

Kami mempunyai komitmen falsafah yang mendalam di Club Asteria untuk memberikan manfaat berharga untuk semua ahli kami dan memberikan bantuan kepada masyarakat dunia yang tidak dapat membantu diri mereka sendiri. Komitmen untuk membantu ahli kami mendapatkan pendapatan tambahan adalah di dalam asas nilai-nilai kami dan kami tak akan tergoyah dalam pengejaran ini. Ketika kami mengejar impian untuk menyediakan pendekatan yang inovatif dalam membantu orang lain diseluruh dunia, kami tahu ia bukan perkara yang mudah dan ia tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Kami tahu untuk syarikat kita menyediakan produk dan perkhidmatan yang efektif , ia akan mengambil masa. Seperti yang kami bayangkan apa jua kemungkinan, kami memahami kami akan berurusan dengan projek yang besar dan sukar.

Ketika mewujudkan Club-Asteria, keutamaan kami ialah untuk mendapatkan kepercayaan dan menghormati setiap ahli dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang bernilai. Club-Asteria telah menyediakan satu pasukan yang menakjubkan yang terdiri dari beberapa pemimpin dalam bidang e-commerce, pendidikan, kewangan, pembangunan internet, perniagaan dan jati-diri. Apabila kesemua pemimpin ini bergabung pengetahuan dan pengalaman, hasilnya pastinya menakjubkan. Kami ada produk dan perkhidmatan yang akan disediakan untuk anda dalam masa 30-60-90 hari akan datang. Produk ini termasuk turn-key iklan perniagaan, email web-based untuk penyelesaian pemasaran, aplikasi untuk menyediakan lebih pendapatan, barangan elektronik seperti tablets dan PCs dan berpuluh-puluh lagi produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk membantu anda mendapatkan pendapatan tambahan. Kami percaya akan potensi pendapatan anda dan tahu dengan kesemua produk dan perkhidmatan ini, masadepan adalah lebih cerah.

Kami telah memperkenalkan Asteria-Pro, e-wallet yang ditawarkan melalui rakan perniagaan kewangan dan program pendidikan keusahawan. Asteria-Pro disediakan untuk semua ahli dan menyediakan terus perniagaan yang berpotensi menjana pendapatan. Selain dari itu, kami memberi tumpuan kepada mengajar usahawan yang tidak berpengalaman untuk mengunakan program ini untuk kejayaan mereka sendiri. E-wallet yang diuruskan melalui telefon mudahalih telah menyediakan capaian pengurusan kewangan keseluruh dunia dengan mudah, selesa dan kos yang efektif. Ia juga membolehkan pengunaan kad debit MasterCard secara terus – anda tidak perlu menunggu satu atau 2 hari untuk duit tersebut sampai ke kadebit anda. Apa lagi yang lebih menyenangkan jika bukan hanya menggunakan telefon mudahalih dan menghantar SMS kepada diri sendiri dan terus mendapat wang tunai? Club-Asteria melalui platform pendidikan, menyediakan maklumat dari pemimpin, penulis dan usahawan berjaya yang berpengalaman dari seluruh dunia untuk membantu setiap ahli dalam mempelajari bagaimana mengambil peluang keatas semua program kami.

Club-Asteria dibentuk dari setiap ahli dan hanya kuat atas komitment falsafah dimana setiap ahli berkomitmen untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini, komitmen untuk anak-anak kita, keluarga kita dan masyarakat kita. Inilah impian dan kepercayaan yang kami mahu setiap ahli kongsikan.

Andrea Lucas,
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan mungkin kurang tepat. Sila rujuk NEWS asal di website Club-Asteria.

No comments:

Post a Comment