Monday, May 9, 2011

Membina untuk Masadepan

Saya amat gembira melaporkan perkongsian untung minggu ini meningkat hampir 25% berbanding minggu lepas. Ini adalah hasil dan usaha ramai ahli yang berkerjakeras samada membeli atau menjual mana-mana produk atau perkhidmatan yang disediakan. Untuk beberapa minggu dan bulan akan datang, kami akan memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan baru yang pastinya akan merangsang anda untuk mengunakannya untuk diri sendiri dan untuk dijual melalui website e-commerce anda. Mana-mana syarikat akan berjaya atau gagal disebabkan penerimaan atau penolakan terhadap produk atau perkhidmatan tersebut. Adalah dijamin, kami akan menyediakan beberapa projek yang menarik yang akan menakjubkan setiap ahli. Pasukan pembangunan produk kami sekarang sedang meneliti produk elektronik seperti komputer dan aplikasi tablet termasuk barangan yang tahan lama dan produk atau perkhidmatan yang boleh didownload. Kesemua produk dan perkhidmatan ini yang digabungkan akan menberikan peluang yang besar kepada setiap ahli Club-Asteria untuk menambahkan pendapatan masing-masing dan berkongsi untuk meningkatkan pendapatan kepada Club-Asteria.

Saya pasti anda semua telah membaca dan meneliti keseriusan yang Club-Asteria berikan dalam meneruskan kekuatan kewangan termasuk moral dan semangat perjuangan yang kami ikuti. Kami meminta setiap ahli mempercayainya dan menyertai kami dalam perjuangan ini dan kami amat terharu bahawa ramai ahli setelah membaca Kod Etika dan Pengendalian (Code of Ethics and Conduct) dan Peraturan dan Terma perkhidmatan (Procedures and Terms of Services) telah mengucapkan tahniah kepada kami kerana menyediakan dokumentasi tersebut dan melaksanakannya. Tiada syarikat yang akan berjaya dan bertahan untuk tempoh yang lama melainkan pihak pengurusan, pekerja dan keseluruhan ahli bersatu mewakili syarikat secara tepat dan jujur. Matlamat bersama kami ialah menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik, asas keahlian yang terbaik dan kesemuanya bersatu untuk menyediakan pendapatan tambahan kepada setiap ahli dan menyumbang kepada menamatkan kitaran kemiskinan yang berlaku didunia ini.

Seperti biasa, bersama-sama kita boleh melakukan perbezaan yang positif

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

Nota: Sila login dan baca News untuk maklumat asal.

No comments:

Post a Comment