Tuesday, May 17, 2011

Pentingnya SATU

Berapa banyak perbezaan yang satu orang boleh lakukan? Dengan hanya memberi dan orang yang pemurah akan memberikan perbezaan yang besar untuk keluarga dan komuniti, membawa visi dan harapan untuk orang lain disekeliling.

Malangnya, apabila usaha yang sama ditumpukan untuk mengambil dari orang lain berbanding memberi, satu orang boleh menyakiti beribu orang yang lain atas dasar pentingkan diri sendiri.

Hanya seminggu selepas ahli club-asteria menerima dan menyelami Code of Ethics & Conduct dan Terms and Policies yang menetapkan hak keistimewaan yang dikongsi bersama ahli, kami dapati ada kumpulan kecil ahli yang mengambil kesempatan keatas keahlian kita. Menggunakan keahlian club-asteria untuk melanggar peraturan, mereka ini menggunakan akaun Paypal mereka untuk menipu ahli yang lain.

Kami bertindak dengan segera untuk menyelesaikan situasi yang dilakukan oleh mereka. Sebagai tambahan, kami telah menamatkan keahlian mereka mengikut akta Code of Ethics & Conduct, Rule 6:

“Tiada ahli yang diketahui menyokong, mengalakkan dan terlibat dalam transaksi yang akan menyebabkan kesukaran kewangan kepada mana pihak lain atas transaksi itu”

“No member shall knowingly support, encourage or engage in a transaction that is likely to cause financial hardship to any party in the transaction.

Dengan menarikbalik keahlian mereka dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa, kami telah membuktikan bertapa seriusnya yang kami lakukan kepada sesiapa yang menyerang ahli dan organisasi keahlian tetapi kerosakan yang telah mereka lakukan akan terus menyebabkan kesukaran kepada kita semua.

Walaupun Club-Asteria sebagai syarikat global dengan standard dan peraturan yang tinggi yang diikuti, kami mengenalpasti bahawa Paypal juga mempunyai standard, peraturan dan protokolnya tersendiri yang perlu dipatuhi dalam menyelesaikan kes penipuan ini. Malangnya, ini bermakna kita mengantung sementara kepada ahli dan orang awam untuk menggunakan Paypal dalam urusan pembayaran mana-mana program, produk dan perkhidmatan kami. Paypal bertindak dengan integriti dan sekarang terpulang kepada kita untuk membuktikan kepada mereka bahawa kita tidak melakukan apa-apa kesalahan dan menyelesaikan isu ini supaya perkhidmatan kami akan pulih.

Sebab itu kami ada Code of Ethics & Conduct dan Terms and Policies.

Ini menunjukkan bahwa walaupun 99.9% ahli adalah sebenar2nya Ahli Berkelayakan (Qualified Purposed Members), berdidikasi untuk visi dan misi tetapi segelintir manusia boleh menyebabkan kerosakan yang besar kepada kita semua. Sekali lagi, kami telah mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap mereka yang telah melakukan tindakan menipu ahli, menarikbalik keahlian mereka dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa seperti yang tertakluk dalam Code of Ethics & Conduct dan Terms and Policies.

Apa yang setiap Ahli Berkelayakan (Qualified Purposed Members) boleh lakukan untuk membantu?

Pertama, sekiranya anda membayar keahlian dengan Paypal, sila tamatkan langganan dengan segera dan mulakan dengan satu daripada payment processor yang diikhtiraf seperti Alertpay, Towah atau CashX untuk memastikan keahlian anda sentiasa aktif

Keduanya, JANGAN menggunakan forum online, website atau social networks untuk membuat lapuran menyalahkan atau komplen mengenai Paypal atau Pasukan Club-Asteria. Tiada faedah atau tujuan untuk itu dan ia hanya akan mewujudkan perselisihan dan menyebarkan desas-desus. Bukan sahaja itu, dengan melakukannya telah menyalahi akta Code of Ethics & Conduct, Rule 8 dan boleh menyebabkan keahlian ditarikbalik dengan segera.

“Ahli tidak boleh menghina, merendahkan atau menyerang Club Asteria, ahlinya, perkhidmatan atau kegiatan amal.”

“Members shall not publically disparage, demean or attack Club Asteria, its members, services or charitable activities.

Kenapa ini penting? Kerana tuduhan, menyalahkan, komplen dan kata-kata akan menyebabkan kerosakan kepada usaha dan reputasi club-asteria bermaksud semua ahli yang berkepentingan akan terluka dan kebaikan yang kita akan bawa kepada beratus ribu orang diseluruh dunia akan musnah secara tidak adil.

Sekiranya anda betul-betul mengambil berat, gunakan sumber yang ada di website Club-Asteria atau hubungi Perkhidmatan Keahlian kami secara terus.

Manafaat keahlian kami adalah berdasarkan membantu setiap ahli meningkat potensi pendapatan masing-masing dan membantu mereka yang kurang bernasibaik diseluruh dunia yang mereka sendiri tidak dapat membantu. Program kami direka untuk membantu ahli mendidik diri sendiri dalam mengejar ciri keusahawanan, mengambil kesempatan atas peluang baru e-commerce untuk menjual produk dan perkhidmatan kami dan menggunakan e-wallet untuk penjimatan, pengurusan dan penghantaran wang keseluruh dunia. Setiap dari kita melakukan perbezaan. Jelasnya, untuk menjadi ahli berkelayakan (Qualified Purposed Members) bermakna menyertai kesemua peringkat, termasuk memcapai dan membantu orang lain disekeliling anda. Sekiranya anda tidak melibatkan dalam semua itu, anda tidak mengalami nilai sepenuhnya apa yang kami wujudkan kepada setiap ahli Club-Asteria.

Anda lakukan Perbezaan!

Jelasnya, kami boleh lakukan perbezaan untuk perkara baik atau buruk… dan kebanyakan ahli memilih perbezaan untuk kebaikan. Kami berdidikasi untuk mengenalpasti bertapa pentingnya setiap ahli menyumbang demi menjadikan organisasi keahlian kita berjaya. Club-Asteria telah berjaya membantu beratus ribu orang atas usaha keras ahli dalam menyampai perkara yang baik, memasarkan produk dan perkhidmatan yang menakjubkan yang mewujudkan komisen yang boleh dibahagikan balik kepada ahli kita dimana wang tersebut digunakan untuk yayasan bencana.

Anda boleh berbangga bila beratus kanak-kanak boleh ke sekolah diseluruh dunia kerana ini, anak yatim dapat diberikan makanan kerana ini, air yang selamat dan bersih dapat disediakan kerana ini dan sebahagian kecil usahawan dapat diberikan bantuan kewangan diseluruh dunia kerana sokongan ini. Kesemua ini kerana setiap ahli berkelayakan (Qualified Purposed Members) berkeyakinan bahawa ada yang lebih penting dari keperluan dan kemahuan sendiri. Inilah visi dan misi pada setiap ahli Club-Asteria. Saya berharap anda terus membantu saya dalam menuju visi yang sebenar dan berharap Club-Asteria bersatu.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan.

p/s: Terjemahan ini mungkin kurang tepat, sila baca NEWS asal di website Club-Asteria.

No comments:

Post a Comment