Saturday, May 14, 2011

Cabaran Minggu Ini

Setiap syarikat akan menghadapi halangan dan kami tahu mengenainya ketika syarikat sedang berkembang, kami akan berhadapan dengan halangan yang perlu dihadapi. Minggu lepas, Paypal telah menamatkan perkhidmatan kepada ahli atas sebab yang bukan dilakukan oleh Club-Asteria. Ini berlaku apabila lebihkurang 50 ahli terus melakukan salahguna keatas keahlian Club-Asteria dan akaun Paypal dan kami meminta bantuan Paypal untuk menyelesaikan isu ini. Paypal memberikan respond atas permintaan kami untuk membantu dengan menamatkan perkhidmatan mereka kepada kami.

Kami faham bahawa Paypal sedang menghadapi banyak masalah dan tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah apabila pertanyaan mengenai perkara ini berlaku. Malangnya, tindakan segera Paypal ialah dengan menamatkan perkhidmatan kami tanpa pertimbangan lanjut dan membekukan kesemua wang yang telah dibayar oleh ahli kepada Club-Asteria melalui Paypal. Paypal adalah payment processor yang unggul yang menyediakan perkhidmatan yang menakjubkan dan kami selalu menghormati dan menghargai perkhidmatan yang Paypal berikan. Saya pasti anda boleh memahami bagaimana kecewanya tindakan Paypal kepada semua orang disini, kepada pekerja dan semua ahli terutama apabila kami tidak pernah membuat aduan mengenai Paypal sebelum ini. Penasihat Undang-undang sedang menguruskan perkara ini dan kami berharap dimasa depan, kami dapat menyelesaikannya dan mengembalikan perkhidmatan Paypal kepada ahli. Sekali lagi, kami ingi menyatakan kepada semua ahli bahawa kami tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan dengan akaun Paypal kami.

Keuntungan kami minggu ini turut mendapat kesan teruk dan menurun secara mendadak akibat dari kedua-dua ahli dan pelanggan e-commerce tidak dapat membuat belian produk dan perkhidmatan melalui Paypal. Malahan, kebanyakan belian mereka juga telah dipulangkan kerana bayaran tidak dapat dilakukan. Sehingga kami dapat menyelesaikan masalah ini dengan Paypal, kami mengalakkan semua ahli menggunakan samada Alertpay, CashX atau Towah. Kami sedang mencari pilihan bayaran yang lain dan sedang mengkaji beberapa perkhidmatan mereka dan berharap akan memperkenalkanya tidak lama lagi.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan gangguan perkhidmatan bayaran kepada ramai ahli tetapi misi kami tetap diteruskan kehadapan. Kami berdedikasi untuk menyediakan peluang pendapatan, kemudahan pendidikan, penghantaran wang melalui kaedah telefon mudah alih ke seluruh dunia dan memberikan bantuan kepada semua yang memerlukan. Bersama kita mampu bergerak maju dan melakukan sesuatu perbezaan positif kepada dunia.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

P/S: Adalah diberitahu HANYA ahli yang menandatangani perjanjian “Code of Ethics and Conduct, Terms of Service and Policies and Procedures”, memastikan bayaran bulanan/langganan terkini dan telah membaca “NEWS” dalam tempoh 5 hari yang lepas hanya layak menerima Bonus Profit Sharing hari ini.

No comments:

Post a Comment