Sunday, February 20, 2011

Maklumbalas dari Andrea Lucas

Berikut adalah maklumbalas yang saya terima dari Andrea Lucas..

1. Adalah Bonus bulanan (GVR) sudah dikeluarkan?
Maaf, kami belum lagi membuat pengiraan GVR kerana pemindahan ke website baru. Pihak kami sedang menyelesaikan isu-isu yang ada sekarang ni terlebih dahulu. Kita akan memulakan pengiraan bonus (GVR) mulai minggu depan

2. Adakah kita boleh melihat semula My Referral sehingga "unlimited level"?
Tidak, maaf tidak untuk buat masa ini dan akan datang kerana ia menyebabkan sistem server semakin sukar kerana kami ada ramai ahli yang mempunyai lebih dari 10,000 referral dibawahnya.

3. Adakah kita boleh melihat semula GVR semasa?
Ye, akan datang tidak lama lagi

4. Adakah ahli perlu membuat bayaran semula (re-upgrade) untuk menjadi Aktif?
Tidak perlu, kami sedang menyelesaikan masalah (programming bugs) tersebut.

5. Terdapat beberapa ahli yang tidak menerima bonus minggu lepas kerana status "In-Active", adakah mereka akan dibayar?
Ye, kami akan membuat bayaran khas pada isnin atau selasa ini.

**************************************************
Ini adalah komen/cadangan saya kepada anda..

Sekiranya anda sudah membuat pembatalan "cancel subscription" seperti yang saya maklumkan sebelum ini, berikut adalah cadangan saya..

1. Jika due date anda belum sampai, sila upgrade semula sebelum due date. Contoh due date bayar seterusnya ialah 1hb Mac, sila upgrade semula pada atau sebelum 1hb Mac

2. Jika anda sudah upgrade awal sebelum due date kerana status anda "in-active", tiada apa lagi yang perlu dilakukan

3. Jika bayaran sudah dibuat oleh Alertpay dan status anda "in-active" dan sudah upgrade semula, anda hanya perlu hubungi "support atau submit ticket" untuk meminta bayaran dikembalikan atau diberikan asterios atau tunggu sehingga selepas isnin/selasa ini.

Walaubagaimanpun, sila pastikan akaun anda active sebelum hari khamis setiap minggu.

Pemindahan ke website baru adalah amat perlu untuk menampung jumlah ahli yang semakin bertambah dan bagi memperkenalkan/menambah produk/services kepada ahli dimasa depan. Jadi semasa pemindahan tersebut, sudah tentu akan berlaku kekurangan atau kesilapan teknikal yang tidak dijangkakan. Ia umpama anda pindah rumah lama ke rumah baru, sudah tentu proses pemindahan tersebut tidak sempurna 100%, mungkin ada barang yang tertinggal, mungkin ditempat baru tiada bekalan elektrik dan sebagainya. Begitu juga dalam pemindahan server ini yang sudah tentu melibatkan isu teknikal yang rumit dan memerlukan masa untuk mencari penyelesaian. Setiap masalah pasti ada penyelesaian kecuali MATI.

Terimakasih atas sokongan dan kesabaran anda semasa proses pemindahan server dan website baru.

Maklumat lanjut akan dikemasikini.

p/s: Sila login dan baca NEWS terkini terutama berkaitan dengan isu semasa dan juga "submit ticket" dimana anda diminta menghantar semula masalah anda ke support.

No comments:

Post a Comment