Thursday, June 9, 2011

Apa yang Berubah, Apa yang Tidak.

Club-Asteria tidak pernah mengubah visi dan misinya. Kami masih memberi tumpuan dari segi masa dan tenaga tanpa henti demi mengejar matlamat untuk membantu setiap ahli memperolehi pendapatan tambahan danmenyediakan bantuan kepada orang ramai diseluruh dunia yang tidak dapat membantu diri sendiri. Kami terus menyediakan manafaat ini dan perkhidmatan dan akan mewujudkan sesuatu yang baru dan memperbaiki yang sediaada untuk masa depan. Di Club-Asteria, kami percaya akan kejayaan masa depan setiap ahli dan kami memberikan komitmen untuk menyediakan peralatan dan sistem untuk memastikan kejayaan ini.

Apa yang berubah adalah keyakinan dan kepercayaan sebahagian ahli keatas keupayaan kami untuk memenuhi visi dan misi. Seperti juga syarikat lain, mereka juga ada naik dan turun. Kejayaan kami ini telah dirasai oleh semua orang. Walaubagaimanapun, cabaran kami telah mewujudkan kurang keyakinan bagi sebahagian ahli. Mereka ini telah melanggar peraturan dengan membuat kenyataan umum kepada orang ramai dengan komen yang negatif. Ini telah melukakan kami dalam usaha untuk meneruskan menyediakan manafaat kepada program keahlian ini. Apa yang memalukan ialah komen negatif ini dan aduan walaupun dari hanya beberapa orang ahli telah menyukarkan kami untuk berjaya dalam mengejar matlamat Club-Asteria dan menyediakan bantuan kepada setiap ahli.

Sekali lagi, tiada apa yang berubah di pihak Club-Asteria. Kami masih dalam kedudukan kewangan yang menyakinkan, kami masih tidak lari dari visi dan misi, produk dan perkhidmatan kami terus diperbaharui. Kami tahu dengan membaca NEWS, terlibat dapat program pendidikan yang disediakan, menyertai program Internet Marketing dan mengambil peluang atas e-wallet, anda akan mempunyai masa depan yang cerah. Berpuluh ribu ahli sudah melakukannya dan mendapat manafaat dari program dan perkhidmatan yang disediakan. Mereka menikmati akan keselamatan, keyakinan dan penjimatan dari e-wallet, mempelajari dan mendapat pengetahuan dari program pendidikan dan mengambil peluang bukan sahaja dari latihan tersebut tetapi juga penglibatan keuntungan yang diperolehi hasil dari Internet Marketing tersebut. Kepercayaan dan keyakinan kami kepada anda ialah apabila lebih banyak penglibatan anda dalam program dan perkhidmatan ini, lebih banyak nilai yang akan anda sedari hasil dari keahlian ini.

Kami serius dalam komitmen untuk kejayaan anda. Kami masih berada dilaluan dan tidak akan menyimpang dari membantu ahli kami dan membantu mereka yang tidak dapat membantu diri sendiri. Sekarang adalah masa untuk terus berfikiran positif dan mengambil peluang keatas semua program dan perkhidmatan yang kami sediakan. Anda boleh percaya akan kejayaan anda adalah hasil dari usaha gigih dan bijaksana dan terus mengambil kesemua apa yang disediakan oleh Club-Asteria.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan ini mungkin kurang tepat, sila rujuk NEWS asa

No comments:

Post a Comment