Friday, April 22, 2011

Matching Bonus, Towah Accounts, GVR dan lain-lain

MATCHING BONUS

Mulai 1 Mei, jumlah asterios matching bonus untuk ahli boleh kumpul akan dkurangkan kepada maksima 1000 daripada 2000 asterios yang ada sekarang. Matching bonus yang ada sekarang ini akan ditamatkan dalam masa 6 minggu lagi (mulai 1 Jun 2011).

Nota komen dari Admin Team CA: Ini bermakna jika anda sudah beli $250 asterios pada bulan ini atau yang lepas, anda sudah menerima tambahan 250 asterios matching bonus. Contoh, pada bulan depan jika anda beli $1000 asterios untuk ND1, maka anda hanya menerima tambahan asterios matching bonus sebanyak 750 sahaja (250 + 750 = 1000 asterios, sudah maksima)

TOWAH ACCOUNTS

Kami lihat banyak akaun dimana email dimasukkan sebagai payment processor ID untuk Towah. Ini salah. ID Towah yang betul ialah 5 digit nombor unik yang diberikan pada setiap orang yang mendaftar untuk e-wallet. Anda boleh dapatkan nombor ini dengan login ke akaun Towah

NETWORK DIRECTOR GVRs

Adalah dimaklumkan, polisi semasa untuk bayaran GVR (bonus bulanan kumpula) kepada Network Director adalah seperti berikut: Ahli yang upgrade sebagai ND pada bulan pertama (atau upgrade ke ND yang lebih tinggi) hanya layak untuk mendapatkan komisen GVR pada bulan ke2 dimana akan dibayar pada sekitar pertengahan, 15hb pada bulan ke3. Sebagai contoh, jika anda upgrade ND pada bulan April, komisen GVR anda akan dikira berdasarkan jualan kumpulan pada bulan Mei (bukan April, dimana ini adalah bulan kelayakan) dan dibayar pada sekitar 15hb Jun. Walaubagaimanapun, mulai GVR bulan April, ND akan menerima komisen dari jualan kumpulan SELEPAS TARIKH menjadi ND atau ND yang lebih tinggi. Dengan cara ini, ND tidak perlu menunggu bulan depan untuk mendapat komisen GVR

Nota komen dari Admin Team CA: Contoh, anda upgrade ND pada hari ini 22hb April maka anda akan mendapat komisen GVR bulan April berdasarkan jualan kumpulan dari tarikh 22 – 30hb April dan bukan dari dari 1-30hb April seperti sebelum ini.

BAYARAN LANGGANAN MELALUI BAKI AKAUN

Dimaklumkan, bayaran langganan bulanan melalui baki akaun secara manual boleh dilakukan sekarang. Bagaimanapun, bayaran langganan secara automatik belum lagi boleh dilaksanakan. Sila pastikan anda login ke akaun dan buat bayaran sebelum tarikh tamat untuk memastikan akaun anda sentiasa aktif. Kami jangkakan bayaran secara automatik akan dilaksanakan tidak lama lagi.

EMAIL/PASSWORD

Untuk memastikan keselamatan akaun Club-Asteria dan e-mail anda, kami mengalakkan semua ahli menukar password sekerap mungkin, sekurang-kurangnya sekali sebulan. Pastikan anda sudah “white-list” atau set email dari Club-Asteria sebagai bukan SPAM supaya anda boleh menerima semua email dari Club-Asteria

Perlu diingat, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan akaun, bayaran langganan, kemaskini akaun (profile, alamat dan gambar terkini) dan juga mendaftar maklumat payment processor yang betul di akaun Club-Asteria anda.

Terimakasih
Andrea Lucas
Managing Director

Nota: Sila login akaun Club-Asteria untuk membaca NEWS asal

No comments:

Post a Comment