Perkara berikut adalah isu semasa yang dihadapi oleh ahli CA yang sedang diuruskan oleh pihak syarikat. Beberapa dari kes tersebut sudah diselesaikan dan ada yang masing menunggu giliran. Antaranya seperti berikut
- Tidak terima "matching bonus"
- Bayaran sudah dibuat tetapi tidak direkodkan
- Tidak terima duit "cashout"
- Terima bayaran berganda
- Berlaku "error" dimana sudah bayar keahlian tetapi tidak terima bonus mingguan
- Terdapat perbezaan di akaun seperti yang sepatutnya
Juga dimaklumkan oleh kerana terlalu banyak "submit ticket" yang dihantar oleh ahli CA dimana ada yang menghantar berulang-ulang dan menyebabkan pihak syarikat terpaksa membuang masa mencari masalah yang sudah selesai. Lebih dari 90% masalah sudah diselesaikan. Juga ada yang terus menghubungi pengarah syarikat. Ini menyebabkan kerja mereka semakin bertambah.
Maka mulai hari ini, pihak syarikat sudah padam semua tiket yang dihantar sebelum pemindahan server pada 14hb Feb. Sekiranya anda masih ada masalah lama yang belum diselesaikan, sila hantar ticket semula. Anda diminta tidak menghubungi mana-mana pengarah syarikat, semua masalah mesti dilakukan melalui "Support Ticket".
No comments:
Post a Comment