Sunday, May 29, 2011

Bisnes harus diteruskan

Jom teruskan bantu Club-Asteria berkembang maju, perkenalkan bisnes ini dengan hanya $10 atau $20 sahaja.. tidak perlu bersusahpayah pujuk kawan masuk $270 atau $500 atau $1000 dan sebagainya melainkan dia mampu dan faham konsep Club-Asteria ini. Jika setiap orang terus bergerak dan membuat bayaran bulanan, maka sudah tentu % akan naik semula.

Kepada anda yang sudah beli asterios atau menjadi ND ini adalah pilihan yang saya syorkan

  1. Teruskan membayar bulanan kerana anda tetap akan diberikan asterios bulanan, bonus tajaan/renewal dan bonus mingguan termasuk bonus bulanan sebagai ND walaupun sedikit (bonus mingguan) tetapi tetap dapat. - stay active
  2. Atau tukar keahlian ke silver jika gold tidak mampu, dengan cara ni anda masih layak mendapat bonus tajaan walaupun $4.50 dan bukan lagi $9 - downgrade
  3. Jika tiada pilihan, anda boleh jadi in-active tanpa perlu bayar bulanan dan tunggu sehingga % naik semula – inactive/tiada bonus

Apa yang penting, duit anda dalam bentuk asterios tidak akan hilang atau berkurangan. Club-Asteria untuk jangka panjang, dengan pelbagai usaha dan website yang canggih dan produk yang semakin hebat dan akan datang dengan lebih banyak produk, Insyallah saya percaya Club-Asteria tidak perlu menutup kedai hanya kerana isu Paypal. Club-Asteria masih membayar dan terus membayar setiap minggu dan bulan. Ini adalah adat berniaga.. ada pasang surutnya tetapi perniagaan harus diteruskan. Bagi mereka yang faham apa tu sebenarnya Profit Sharing atau Perkongsian Untung akan memahaminya.. Club-Asteria bukan program pelaburan dimana anda dijanjikan % tertentu setiap hari/minggu/bulan.

Kesimpulan, anda perlu terus membayar bulanan kerana dengan cara ni akan meningkat keuntungan syarikat dan meningkatkan % bonus mingguan. Dan jangan lupa untuk membeli atau memperkenalkan produk syarikat di http://asteria-pro.com atau ikut panduan menjalankan bisnes Club-Asteria disini

Nota: Ini adalah pandangan/syor Admin

Saturday, May 28, 2011

Terima Kasih

Apakah nilai kepada setiap ahli apabila seseorang mengucapkan “Terima Kasih” kepada Club-Asteria. Ucapan “Terima Kasih” diteruskan dengan kata-kata; ” Bagaimana saya boleh mengucapkan Terima Kasih yang sebenarnya kepada semua ahli Club-Asteria yang benar-benar mengambil berat dengan membantu ketika dalam saat-saat terdesak”. Di Club-Asteria, bagi pihak semua ahli, kami menerima email dan mendengarnya setiap hari sepanjang tahun. Ucapan “Terima Kasih” kerana membantu kanak-kanak yang tiada tempat tinggal iaitu anak yatim-piatu dan tiada bumbung diatas mereka. Ucapan “Terima Kasih” apabila kanak-kanak boleh ke sekolah dan mendapat pendidikan. Kebaikan dan Murah hati setiap ahli dan falsafah yang mendalam dalam komitmen untuk membantu mereka yang tidak dapat membantu diri sendiri telah mewujudkan perbezaan ini.

Kerana ini juga la, seorang bapa di Kambodia boleh menyara keluarga kerana kami memberikan mereka pinjaman mikro untuk memperbaiki lori, seorang ibu di India dapat menyumbang kepaada kebajikan keluarga dengan memberikan dia bantuan kewangan untuk membeli mesin jahit dan pakaian. Dari pekebun kepada perniaga kecil dan wanita, kepada usahawan dalam apa jua perniagaan, pinjaman mikro yang disediakan oleh ahli membolehkannya melakukan perbezaan diantara kehidupan dan kematian. Tidak kira apa jua keadaan dalam kehidupan, terdapat terlalu ramai manusia didunia yang amat memerlukan bantuan lebih dari apa yang kita perlukan.

Tujuan sebenar dan nilai asas Club-Asteria adalah untuk sampai kepada orang tersebut diseluruh dunia yang tidak dapat membantu diri sendiri. Kami menyediakan bantuan dimana tiada orang lain yang menyediakanya. Kami memberikan mereka harapan dan kepercayaan di dunia yang lebih baik. Setiap program, perkhidmatan dan produk yang ditawarkan kepada ahli dapat membantu kami menyempurnakan misi demi membantu mereka yang memerlukan. Kami membantu ramai keluarga dan masyarakat untuk mendapat bekalan air yang bersih, rawatan perubatan yang lebih baik, tempat tinggal, makanan yang berkhasiat dan pendidikan untuk anak-anak mereka. Saya secara peribadi ingin mengambil peluang ini mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada setiap ahli Club-Asteria yang telah menjadikan ini semua satu kenyataan. Usaha ahli untuk menjadi baik dan melakukan terbaik sementara kita hidup didunia ini adalah amat membanggakan.

Kami akan terus menerus berusaha mengejar misi dan visi dalam memperbaiki kehidupan orang ramai sehingga ke generasi yang akan datang. Tiada ucapan “terimakasih” yang diperlukan oleh kami di Club-Asteria kerana ia adalah tanggungjawab kita dan tugas kita dalam kehidupan untuk berbakti dalam membantu orang lain. Ini adalah yang sebenar-benarnya disebalik Club-Asteria

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan ini mungkin kurang tepat. Sila rujuk NEWS di web Club-Asteri

Thursday, May 19, 2011

Bagaimana Keuntungan Bersama di Club-Asteria berfungsi?

Setiap minggu keuntungan yang diterima oleh Club-Asteria hasil dari jualan produk dan perkhidmatan dikira oleh pekerja bahagian akaun. Kami kemudian akan berkongsi 30% dari jumlah tersebut kepada setiap ahli yang aktif. Keuntungan akan turun dan naik bergantung kepada berapa ramai ahli yag secara aktif mengambil peluang atas penggunaan dan/atau penjualan mana-mana produk dan perkhidmatan. Kami menjual produk dan perkhidmatan ini melalui kesemua website e-commerce milik ahli dan juga kewujudan kami di internet. Lebih baik produk dan perkhidmatan kami, lebih menarik akannya, lebih banyak pendedahan yang kita wujudkan dan lebih nilai kepada mereka, lebih tinggi permintaannya maka ia akan menyebabkan keuntungan meningkat.

Kami hanya boleh berkongsi keuntungan apa yang kami perolehi pada minggu tersebut. Jika kami lakukan lebih dari itu, akan membahayakan keutuhan kewangan syarikat dan keupayaan untuk terus beroperasi secara effectif dan menyediakan manafaat kepada semua ahli. Kami mengambil tanggunjawab ini secara serius untuk terus kekal dalam kedudukan kewangan yang selamat untuk terus melayani ahli-ahli kami untuk tempoh bertahun-tahun yang akan datang. Kami tidak mengawal keuntungan yang diterima, kami hanya boleh berkerjakeras untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menarik kepada pasaran dan kesemua ahli menyokongnya.

Saya harap ia akan memberikan penerangan yang jelas kepada setiap ahli bagaimana keuntungan bersama berfungsi. Matlamat Club-Asteria adalah terus membantu ahli mendapat pendapatan tambahan dan memyediakan bantuan kepada orangramai diseluruh dunia. Inilah misi sebenar yang kami kongsikan.

Andrea Lucas
Pengarah Syarikat

p/s: Terjemahan ini mungkin tidak tepat, sila rujuk NEWS asal di website Club-Asteria.

Wednesday, May 18, 2011

Ia Mengambil Masa

Kami mempunyai komitmen falsafah yang mendalam di Club Asteria untuk memberikan manfaat berharga untuk semua ahli kami dan memberikan bantuan kepada masyarakat dunia yang tidak dapat membantu diri mereka sendiri. Komitmen untuk membantu ahli kami mendapatkan pendapatan tambahan adalah di dalam asas nilai-nilai kami dan kami tak akan tergoyah dalam pengejaran ini. Ketika kami mengejar impian untuk menyediakan pendekatan yang inovatif dalam membantu orang lain diseluruh dunia, kami tahu ia bukan perkara yang mudah dan ia tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Kami tahu untuk syarikat kita menyediakan produk dan perkhidmatan yang efektif , ia akan mengambil masa. Seperti yang kami bayangkan apa jua kemungkinan, kami memahami kami akan berurusan dengan projek yang besar dan sukar.

Ketika mewujudkan Club-Asteria, keutamaan kami ialah untuk mendapatkan kepercayaan dan menghormati setiap ahli dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang bernilai. Club-Asteria telah menyediakan satu pasukan yang menakjubkan yang terdiri dari beberapa pemimpin dalam bidang e-commerce, pendidikan, kewangan, pembangunan internet, perniagaan dan jati-diri. Apabila kesemua pemimpin ini bergabung pengetahuan dan pengalaman, hasilnya pastinya menakjubkan. Kami ada produk dan perkhidmatan yang akan disediakan untuk anda dalam masa 30-60-90 hari akan datang. Produk ini termasuk turn-key iklan perniagaan, email web-based untuk penyelesaian pemasaran, aplikasi untuk menyediakan lebih pendapatan, barangan elektronik seperti tablets dan PCs dan berpuluh-puluh lagi produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk membantu anda mendapatkan pendapatan tambahan. Kami percaya akan potensi pendapatan anda dan tahu dengan kesemua produk dan perkhidmatan ini, masadepan adalah lebih cerah.

Kami telah memperkenalkan Asteria-Pro, e-wallet yang ditawarkan melalui rakan perniagaan kewangan dan program pendidikan keusahawan. Asteria-Pro disediakan untuk semua ahli dan menyediakan terus perniagaan yang berpotensi menjana pendapatan. Selain dari itu, kami memberi tumpuan kepada mengajar usahawan yang tidak berpengalaman untuk mengunakan program ini untuk kejayaan mereka sendiri. E-wallet yang diuruskan melalui telefon mudahalih telah menyediakan capaian pengurusan kewangan keseluruh dunia dengan mudah, selesa dan kos yang efektif. Ia juga membolehkan pengunaan kad debit MasterCard secara terus – anda tidak perlu menunggu satu atau 2 hari untuk duit tersebut sampai ke kadebit anda. Apa lagi yang lebih menyenangkan jika bukan hanya menggunakan telefon mudahalih dan menghantar SMS kepada diri sendiri dan terus mendapat wang tunai? Club-Asteria melalui platform pendidikan, menyediakan maklumat dari pemimpin, penulis dan usahawan berjaya yang berpengalaman dari seluruh dunia untuk membantu setiap ahli dalam mempelajari bagaimana mengambil peluang keatas semua program kami.

Club-Asteria dibentuk dari setiap ahli dan hanya kuat atas komitment falsafah dimana setiap ahli berkomitmen untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini, komitmen untuk anak-anak kita, keluarga kita dan masyarakat kita. Inilah impian dan kepercayaan yang kami mahu setiap ahli kongsikan.

Andrea Lucas,
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan mungkin kurang tepat. Sila rujuk NEWS asal di website Club-Asteria.

Tuesday, May 17, 2011

Pentingnya SATU

Berapa banyak perbezaan yang satu orang boleh lakukan? Dengan hanya memberi dan orang yang pemurah akan memberikan perbezaan yang besar untuk keluarga dan komuniti, membawa visi dan harapan untuk orang lain disekeliling.

Malangnya, apabila usaha yang sama ditumpukan untuk mengambil dari orang lain berbanding memberi, satu orang boleh menyakiti beribu orang yang lain atas dasar pentingkan diri sendiri.

Hanya seminggu selepas ahli club-asteria menerima dan menyelami Code of Ethics & Conduct dan Terms and Policies yang menetapkan hak keistimewaan yang dikongsi bersama ahli, kami dapati ada kumpulan kecil ahli yang mengambil kesempatan keatas keahlian kita. Menggunakan keahlian club-asteria untuk melanggar peraturan, mereka ini menggunakan akaun Paypal mereka untuk menipu ahli yang lain.

Kami bertindak dengan segera untuk menyelesaikan situasi yang dilakukan oleh mereka. Sebagai tambahan, kami telah menamatkan keahlian mereka mengikut akta Code of Ethics & Conduct, Rule 6:

“Tiada ahli yang diketahui menyokong, mengalakkan dan terlibat dalam transaksi yang akan menyebabkan kesukaran kewangan kepada mana pihak lain atas transaksi itu”

“No member shall knowingly support, encourage or engage in a transaction that is likely to cause financial hardship to any party in the transaction.

Dengan menarikbalik keahlian mereka dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa, kami telah membuktikan bertapa seriusnya yang kami lakukan kepada sesiapa yang menyerang ahli dan organisasi keahlian tetapi kerosakan yang telah mereka lakukan akan terus menyebabkan kesukaran kepada kita semua.

Walaupun Club-Asteria sebagai syarikat global dengan standard dan peraturan yang tinggi yang diikuti, kami mengenalpasti bahawa Paypal juga mempunyai standard, peraturan dan protokolnya tersendiri yang perlu dipatuhi dalam menyelesaikan kes penipuan ini. Malangnya, ini bermakna kita mengantung sementara kepada ahli dan orang awam untuk menggunakan Paypal dalam urusan pembayaran mana-mana program, produk dan perkhidmatan kami. Paypal bertindak dengan integriti dan sekarang terpulang kepada kita untuk membuktikan kepada mereka bahawa kita tidak melakukan apa-apa kesalahan dan menyelesaikan isu ini supaya perkhidmatan kami akan pulih.

Sebab itu kami ada Code of Ethics & Conduct dan Terms and Policies.

Ini menunjukkan bahwa walaupun 99.9% ahli adalah sebenar2nya Ahli Berkelayakan (Qualified Purposed Members), berdidikasi untuk visi dan misi tetapi segelintir manusia boleh menyebabkan kerosakan yang besar kepada kita semua. Sekali lagi, kami telah mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap mereka yang telah melakukan tindakan menipu ahli, menarikbalik keahlian mereka dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa seperti yang tertakluk dalam Code of Ethics & Conduct dan Terms and Policies.

Apa yang setiap Ahli Berkelayakan (Qualified Purposed Members) boleh lakukan untuk membantu?

Pertama, sekiranya anda membayar keahlian dengan Paypal, sila tamatkan langganan dengan segera dan mulakan dengan satu daripada payment processor yang diikhtiraf seperti Alertpay, Towah atau CashX untuk memastikan keahlian anda sentiasa aktif

Keduanya, JANGAN menggunakan forum online, website atau social networks untuk membuat lapuran menyalahkan atau komplen mengenai Paypal atau Pasukan Club-Asteria. Tiada faedah atau tujuan untuk itu dan ia hanya akan mewujudkan perselisihan dan menyebarkan desas-desus. Bukan sahaja itu, dengan melakukannya telah menyalahi akta Code of Ethics & Conduct, Rule 8 dan boleh menyebabkan keahlian ditarikbalik dengan segera.

“Ahli tidak boleh menghina, merendahkan atau menyerang Club Asteria, ahlinya, perkhidmatan atau kegiatan amal.”

“Members shall not publically disparage, demean or attack Club Asteria, its members, services or charitable activities.

Kenapa ini penting? Kerana tuduhan, menyalahkan, komplen dan kata-kata akan menyebabkan kerosakan kepada usaha dan reputasi club-asteria bermaksud semua ahli yang berkepentingan akan terluka dan kebaikan yang kita akan bawa kepada beratus ribu orang diseluruh dunia akan musnah secara tidak adil.

Sekiranya anda betul-betul mengambil berat, gunakan sumber yang ada di website Club-Asteria atau hubungi Perkhidmatan Keahlian kami secara terus.

Manafaat keahlian kami adalah berdasarkan membantu setiap ahli meningkat potensi pendapatan masing-masing dan membantu mereka yang kurang bernasibaik diseluruh dunia yang mereka sendiri tidak dapat membantu. Program kami direka untuk membantu ahli mendidik diri sendiri dalam mengejar ciri keusahawanan, mengambil kesempatan atas peluang baru e-commerce untuk menjual produk dan perkhidmatan kami dan menggunakan e-wallet untuk penjimatan, pengurusan dan penghantaran wang keseluruh dunia. Setiap dari kita melakukan perbezaan. Jelasnya, untuk menjadi ahli berkelayakan (Qualified Purposed Members) bermakna menyertai kesemua peringkat, termasuk memcapai dan membantu orang lain disekeliling anda. Sekiranya anda tidak melibatkan dalam semua itu, anda tidak mengalami nilai sepenuhnya apa yang kami wujudkan kepada setiap ahli Club-Asteria.

Anda lakukan Perbezaan!

Jelasnya, kami boleh lakukan perbezaan untuk perkara baik atau buruk… dan kebanyakan ahli memilih perbezaan untuk kebaikan. Kami berdidikasi untuk mengenalpasti bertapa pentingnya setiap ahli menyumbang demi menjadikan organisasi keahlian kita berjaya. Club-Asteria telah berjaya membantu beratus ribu orang atas usaha keras ahli dalam menyampai perkara yang baik, memasarkan produk dan perkhidmatan yang menakjubkan yang mewujudkan komisen yang boleh dibahagikan balik kepada ahli kita dimana wang tersebut digunakan untuk yayasan bencana.

Anda boleh berbangga bila beratus kanak-kanak boleh ke sekolah diseluruh dunia kerana ini, anak yatim dapat diberikan makanan kerana ini, air yang selamat dan bersih dapat disediakan kerana ini dan sebahagian kecil usahawan dapat diberikan bantuan kewangan diseluruh dunia kerana sokongan ini. Kesemua ini kerana setiap ahli berkelayakan (Qualified Purposed Members) berkeyakinan bahawa ada yang lebih penting dari keperluan dan kemahuan sendiri. Inilah visi dan misi pada setiap ahli Club-Asteria. Saya berharap anda terus membantu saya dalam menuju visi yang sebenar dan berharap Club-Asteria bersatu.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan.

p/s: Terjemahan ini mungkin kurang tepat, sila baca NEWS asal di website Club-Asteria.

Monday, May 16, 2011

Baca NEWS syarat untuk Bonus Mingguan

Seperti yang anda sedia maklum, Club-Asteria telah menguatkuasakan 3 syarat untuk melayakkan mendapat bonus mingguan, antaranya ialah sudah “tick” perjanjian apabila pertama kali login akaun Club-Asteria selepas 27hb April 2011, keduanya akaun anda sentiasa aktif (telah membuat bayaran langganan) dan yang paling penting, syarat ke tiga ialah telah membaca kesemua NEWS pada 5 hari sebelum hari pembayaran bonus mingguan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah membaca mana-mana kesemua NEWS terkini sebelum hari Khamis atau Jumaat (hari Malaysia) setiap minggu, jika ada. Sila pastikan tiada lagi tanda berkelip “Flashing NEWS” kerana jika ada ini bermakna anda belum membaca NEWS tersebut.

Dibawah adalah contoh “Flashing News”

Persoalannya, kenapa kita perlu baca NEWS untuk melayakkan dapat bonus mingguan (Revenue Sharing)?

Ini adalah polisi syarikat yang telah ada diawal program ini dimulakan cuma baru-baru ni sahaja ia dikuatkuasakan dan ini adalah satu dari cara pihak syarikat dapat menyampaikan maklumat kepada kesemua ahli Club-Asteria.

Adakah sukar untuk kita membaca NEWS setiap minggu? jika ada…

Mungkin mereka yang tiada kemudahan internet atau komputer atau berada diluar kawasan (out-station) akan menghadapi kesukaran tetapi saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan mendapatkan bantuan dari keluarga/rakan/upline yang boleh dipercayai. Anda boleh menghubungi mereka untuk bertanya jika ada NEWS terkini dan minta bantuan mereka.

Bagaimana syarikat dapat mengetahui samada kita sudah baca NEWS atau tidak?

Syarikat mempunyai system yang boleh mengenalpasti perkara tersebut, sila lihat contoh lapuran akaun dimana NEWS sudah dibaca dibawah.
Data diperolehi dengan bantuan pihak Admin Club-Asteria. Nama dan MemberID dipadamkan untuk kebaikan bersama. Klik untuk image lebih besar

Kesimpulan

Polisi terbaru ini adalah untuk kebaikan bersama, terlalu ramai yang tidak mengambil peduli maklumat yang diberikan oleh syarikat, jika isu bahasa english menjadi kesukaran, kami telah mempermudahkannya dengan menterjemah ke bahasa Malaysia di web ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah terus memberikan sokongan kepada pihak syarikat

Ikhlas dari

Admin,

p/s: System Club-Asteria sudah semakin diperbaiki dan jika dahulu mereka yang tak baca news dan tak aktif boleh dapat bonus, sekarang TIDAK LAGI. Malah jika akaun anda IN-ACTIVE, anda tidak layak mendapat apa-apa komisen tajaan. Sila pastikan akaun anda sentiasa AKTIF dan BACA NEWS

Saturday, May 14, 2011

Cabaran Minggu Ini

Setiap syarikat akan menghadapi halangan dan kami tahu mengenainya ketika syarikat sedang berkembang, kami akan berhadapan dengan halangan yang perlu dihadapi. Minggu lepas, Paypal telah menamatkan perkhidmatan kepada ahli atas sebab yang bukan dilakukan oleh Club-Asteria. Ini berlaku apabila lebihkurang 50 ahli terus melakukan salahguna keatas keahlian Club-Asteria dan akaun Paypal dan kami meminta bantuan Paypal untuk menyelesaikan isu ini. Paypal memberikan respond atas permintaan kami untuk membantu dengan menamatkan perkhidmatan mereka kepada kami.

Kami faham bahawa Paypal sedang menghadapi banyak masalah dan tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah apabila pertanyaan mengenai perkara ini berlaku. Malangnya, tindakan segera Paypal ialah dengan menamatkan perkhidmatan kami tanpa pertimbangan lanjut dan membekukan kesemua wang yang telah dibayar oleh ahli kepada Club-Asteria melalui Paypal. Paypal adalah payment processor yang unggul yang menyediakan perkhidmatan yang menakjubkan dan kami selalu menghormati dan menghargai perkhidmatan yang Paypal berikan. Saya pasti anda boleh memahami bagaimana kecewanya tindakan Paypal kepada semua orang disini, kepada pekerja dan semua ahli terutama apabila kami tidak pernah membuat aduan mengenai Paypal sebelum ini. Penasihat Undang-undang sedang menguruskan perkara ini dan kami berharap dimasa depan, kami dapat menyelesaikannya dan mengembalikan perkhidmatan Paypal kepada ahli. Sekali lagi, kami ingi menyatakan kepada semua ahli bahawa kami tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan dengan akaun Paypal kami.

Keuntungan kami minggu ini turut mendapat kesan teruk dan menurun secara mendadak akibat dari kedua-dua ahli dan pelanggan e-commerce tidak dapat membuat belian produk dan perkhidmatan melalui Paypal. Malahan, kebanyakan belian mereka juga telah dipulangkan kerana bayaran tidak dapat dilakukan. Sehingga kami dapat menyelesaikan masalah ini dengan Paypal, kami mengalakkan semua ahli menggunakan samada Alertpay, CashX atau Towah. Kami sedang mencari pilihan bayaran yang lain dan sedang mengkaji beberapa perkhidmatan mereka dan berharap akan memperkenalkanya tidak lama lagi.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan gangguan perkhidmatan bayaran kepada ramai ahli tetapi misi kami tetap diteruskan kehadapan. Kami berdedikasi untuk menyediakan peluang pendapatan, kemudahan pendidikan, penghantaran wang melalui kaedah telefon mudah alih ke seluruh dunia dan memberikan bantuan kepada semua yang memerlukan. Bersama kita mampu bergerak maju dan melakukan sesuatu perbezaan positif kepada dunia.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

P/S: Adalah diberitahu HANYA ahli yang menandatangani perjanjian “Code of Ethics and Conduct, Terms of Service and Policies and Procedures”, memastikan bayaran bulanan/langganan terkini dan telah membaca “NEWS” dalam tempoh 5 hari yang lepas hanya layak menerima Bonus Profit Sharing hari ini.

Monday, May 9, 2011

Membina untuk Masadepan

Saya amat gembira melaporkan perkongsian untung minggu ini meningkat hampir 25% berbanding minggu lepas. Ini adalah hasil dan usaha ramai ahli yang berkerjakeras samada membeli atau menjual mana-mana produk atau perkhidmatan yang disediakan. Untuk beberapa minggu dan bulan akan datang, kami akan memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan baru yang pastinya akan merangsang anda untuk mengunakannya untuk diri sendiri dan untuk dijual melalui website e-commerce anda. Mana-mana syarikat akan berjaya atau gagal disebabkan penerimaan atau penolakan terhadap produk atau perkhidmatan tersebut. Adalah dijamin, kami akan menyediakan beberapa projek yang menarik yang akan menakjubkan setiap ahli. Pasukan pembangunan produk kami sekarang sedang meneliti produk elektronik seperti komputer dan aplikasi tablet termasuk barangan yang tahan lama dan produk atau perkhidmatan yang boleh didownload. Kesemua produk dan perkhidmatan ini yang digabungkan akan menberikan peluang yang besar kepada setiap ahli Club-Asteria untuk menambahkan pendapatan masing-masing dan berkongsi untuk meningkatkan pendapatan kepada Club-Asteria.

Saya pasti anda semua telah membaca dan meneliti keseriusan yang Club-Asteria berikan dalam meneruskan kekuatan kewangan termasuk moral dan semangat perjuangan yang kami ikuti. Kami meminta setiap ahli mempercayainya dan menyertai kami dalam perjuangan ini dan kami amat terharu bahawa ramai ahli setelah membaca Kod Etika dan Pengendalian (Code of Ethics and Conduct) dan Peraturan dan Terma perkhidmatan (Procedures and Terms of Services) telah mengucapkan tahniah kepada kami kerana menyediakan dokumentasi tersebut dan melaksanakannya. Tiada syarikat yang akan berjaya dan bertahan untuk tempoh yang lama melainkan pihak pengurusan, pekerja dan keseluruhan ahli bersatu mewakili syarikat secara tepat dan jujur. Matlamat bersama kami ialah menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik, asas keahlian yang terbaik dan kesemuanya bersatu untuk menyediakan pendapatan tambahan kepada setiap ahli dan menyumbang kepada menamatkan kitaran kemiskinan yang berlaku didunia ini.

Seperti biasa, bersama-sama kita boleh melakukan perbezaan yang positif

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

Nota: Sila login dan baca News untuk maklumat asal.

Sunday, May 8, 2011

Sila jaga keselamatan Akaun Club-Asteria

Club-Asteria adalah umpama perniagaan anda, jadi sila jaga keselamatan akaun Club-Asteria anda supaya tidak mudah dicerobohi (hacked). Anda bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku kepada akaun anda. Sila pastikan anda lakukan langkah-langkah keselamatan seperti berikut

  1. Sila pastikan anda tidak berikan e-mail dan password kepada orang lain
  2. Sila pastikan anda tidak menggunakan password yang mudah seperti “123456″ atau “abcdefg”
  3. Sila gunakan password yang unik dan berbeza untuk akaun Club-Asteria, e-mail dan Alertpay
  4. Sila tukar password anda setiap bulan
  5. Sila jangan klik sebarang link yang tidak pasti kesahihannya
  6. Sila jangan klik atau download file yang diragui seperti “mypicture.exe”
  7. Sila download dan install anti-virus yang original dan terkini
  8. Sila selalu scan pc anda untuk sebarang virus/malware yang tidak dikehendaki
  9. Disyorkan anda install anti-keylogger seperti “KeyScrambler”. Anda boleh dengan search digoogle. Percuma untuk Google Chrome

Sekiranya anda pasti akaun Club-Asteria anda telah diceroboh, sila hubungi support dengan segera.

Wednesday, May 4, 2011

Apa yang anda patut tahu pasal CashX

CashX adalah satu lagi kaedah pembayaran secara online (payment processor) selain dari Alertpay, Paypal, Solid Trust Pay, e-gold, Liberty Reserve dan sebagainya. Ia bertujuan untuk urusan pembelian dan pembayaran terutama dalam perniagaan online. Club-Asteria menggunakan CashX sebagai kaedah untuk pembayaran dan pengeluaran komisen. Syarikat ini beroperasi di Canada dan cawangannya di Australia.

Berikut adalah beberapa maklumat yang anda patut tahu mengenai CashX.

Deposit Wang:

  • Melalui “bank wire” . Caj yang dikenakan ialah $30 (masa diperlukan 2-3 hari bekerja)
  • Menggunakan kad kredit. Caj yang dikenakan 5.50% + $0.75 USD (masa diperlukan 1-5 hari bekerja)

Pengeluaran Wang:

  • Cara “bank wire” . Caj yang dikenakan ialah $30 (masa diperlukan 1-2 hari bekerja)
  • Menggunakan Kad Debit CashX. Caj yang dikenakan ialah $3.95 (masa diperlukan 1 hari bekerja)
  • Menggunakan kad kredit. Caj yang dikenakan $4.95 (masa diperlukan 1-5 hari bekerja)

Penerimaan Wang ke Akaun CashX

  • Setiap kali anda menerima wang dari akaun CashX lain, akan dikenakan caj 1% + 0.25USD (dibawah nilai $500) dan caj max $5 (nilai $500 keatas).
    Contoh, $250 akan dikenakan caj 1% x 250 = $2.50 + 0.25usd = $2.75
    Jika $500 keatas akan dikenakan caj $5. Contoh $1000 akan dikenakan juga $5. Tiada caj tambahan

Manakah yang lebih baik, AlertPay atau CashX?

Ini adalah soalan yang kerap ditanya. Berkaitan dengan Club-Asteria, sekiranya anda masih baru dalam menceburi perniagaan ini, adalah disyorkan menggunakan Alertpay terlebih dahulu kerana cara deposit yang lebih mudah dan murah melalui kaddebit ATM Maybank dan Deposit melalui Royal Bank of Scotland (RBS).

Lagipun, akaun Alertpay Personal Starter tidak mengenakan caj bagi penerimaan wang dibawah $400 dalam masa sebulan atau $2000 dalam masa setahun. Jika lebih $400 wang diterima dari Club-Asteria atau dari akaun Alertpay lain, Akaun Alertpay anda akan dinaiktaraf secara automatik ke Personal Pro dan dikenakan caj 2.5%+0.25usd bagi setiap transaksi penerimaan wang

Dalam kes Club-Asteria, sekiranya akaun Alertpay anda sudah menjadi Personal Pro dan untuk mengurangkan caj 2.5%+0.25usd tersebut, anda ada pilihan untuk membuat pengeluaran wang ke CashX. Anda boleh pilih kaedah pengeluaran wang dari CashX seperti yang dinyatakan diatas.

Berikut adalah perbezaan pengeluaran wang komisen Club-Asteria melalui Alertpay vs CashX .
Sekiranya akaun Alertpay anda masih Personal Starter dan pengeluaran komisen Club-Asteria dibawah $400, Alertpay adalah terbaik.

Contoh pengeluaran komisen Club-Asteria $500 menggunakan

  • Alertpay: $500 x 2.5% = $12.50 +0.25usd = $12.75 caj dikenakan
  • CashX: $500 dikenakan $5 caj sahaja

Lagi contoh… Pengeluaran komisen $1000 menggunakan

  • Alertpay: $1000 x 2.5% = $25 + 0.25usd = $25.25 caj dikenakan
  • CashX: $1000 dikenakan $5 caj sahaja

Kos beli USD untuk belian asterios atau upgrade ND lebih murah dengan cashX jika rate berikut digunakan..
Alertpay (rate 3.2) vs CashX (rate 3.1) - Rate ini hanya sebagai contoh/panduan.

Contoh.. beli $250 asterios

  • Alertpay: $250 x 3.2 = RM800
  • CashX: $250 + 1%+0.25usd = $250 + 2.75 = $252,75 x 3.1 = RM783.55

Contoh.. upgrade ND1 ($1000)

  • Alertpay: $1000 + 2.5%+0.25 = $1000 + 25.25 = $1025.25 x 3.2 = RM3280.80
  • CashX: $1000 + $5 = $1005 x 3.1 = RM3115.50

Nota 1: Saya tidak mengsyorkan mana yang terbaik samada Alertpay atau CashX, ia terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Yang penting anda boleh mendeposit wang dan mengeluarkannya ke bank anda tanpa masalah.

Nota 2: Anda boleh membuat pengeluaran komisen Club-Asteria ke CashX dan membuat tempahan KadDebit Cashx terlebih dahulu. Kos yang dikenakan ialah $6.95 untuk penghantaran secara biasa (Standard Mail USA/CAN). Sila rujuk di web ini bagaimana untuk menggunakan KadDebit CashX (sila lihat caj transaksi yang dikenakan)

Tuesday, May 3, 2011

Bahan Promosi – Capture Page & e-Magazine

Olehkerana Club-Asteria telah memperketatkan peraturan dan polisi syarikat seperti yang dinyatakan dalam NEWS, maka kepada anda yang membina website atau blog khas untuk mempromosikan Club-Asteria adalah dinasihatkan untuk memadamkan atau mengubah maklumat yang tidak tepat atau tidak dibenarkan untuk mengelakkan kemungkinan risiko akaun CA akan disekat atau ditamatkan. Ini adalah untuk kebaikan masadepan Pihak Syarikat dan juga ahli club-asteria sebelum mereka menghadapi masalah di kemudian hari.

Oleh itu, kita disyorkan hanya menggunakan maklumat atau affiliate link yang dibenarkan dan disediakan oleh pihak Syarikat. Antaranya ialah “Capture Page”, e-magazine dan banner yang disediakan seperti dibawah..

Sila login akaun CA anda dan klik link seperti yang ditandakan dibawah.

Apa yang anda perlukan lakukan ialah supaya prospek anda mendaftar secara percuma, kemudian buat ‘follow-up’ untuk sesi penerangan secara offline atau online. Jika perlu, sila minta bantuan upline atau leader anda untuk sesi penerangan atau latihan.