Saturday, April 30, 2011

Perhatian: Risiko Akaun Anda Akan Disekat atau Ditamatkan

NOTIS: Terdapat peraturan, polisi dan perundangan yang perlu diikuti oleh pihak syarikat dan sebagai ahli kepada organisasi keahlian secara online. Akaun anda mungkin akan disekat atau menghadapi risiko ditamatkan disebabkan satu dari perkara berikut.
1. Anda memberikan maklumat yang salah dan/atau maklumat hakcipta mengenai Club-Asteria dimana telah melanggar terma dan syarat perkhidmatan
2. Anda memberikan maklumat yang mengelirukan berkaitan dengan keperluan dan jangkaan mengenai keahlian Club-Asteria, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut
  • Anda tidak boleh menyatakan atau berhasrat bahawa ahli Club-Asteria boleh mendapat duit tanpa berusaha
  • Anda tidak boleh menyatakan atau berhasrat bahawa terdapat jaminan minima berapa banyak yang akan anda dapat setiap minggu
  • Anda tidak boleh menyatakan atau berhasrat bahawa terdapat jangkaan pendapatan dalam apa jua bentuk. Hanya contoh pendapatan yang terdapat di website club-asteria dan maklumat rasmi yang disediakan sahaja dibenarkan.
  • Anda tidak boleh menyatakan atau berhasrat bahawa keahlian Club-Asteria bersifat pelaburan pasif atau apa-apa jua berkaitan dengan pelaburan
  • Anda tidak boleh menyatakan atau berhasrat bahawa seseorang patut menjadi ahli jika dia tidak berminat dengan manafaat produk, program dan perkhidmatan
  • Anda tidak boleh menpelawa, meminta atau mendorong seseorang untuk menyertai hanya kerana program ganjaran
  • Anda tidak boleh membina website dan menyatakan apa sahaja mengenai Club-Asteria
3. Anda telah membina website yang telah menyalahgunakan nama atau logo Club-Asteria atau mengelirukan pelawat seolah-olah ia website rasmi Club-Asteria atau menyalahgunakan nama Club Asteria sebagai sebahagian dari link website
4. Anda secara terbuka melanggari satu atau lebih syarat keahlian yang terdapat dalam
  • A) CLUB-ASTERIA CODE OF ETHICS AND CONDUCT
  • B) CLUB-ASTERIA TERMS OF SERVICE
  • C) CLUB-ASTERIA POLICIES & PROCEDURES
Prasyarat keahlian Club-Asteria disediakan untuk melindungi kesemua ahli Club-Asteria dan pelanggan yang sedia ada dan akan datang.
Anda mesti buang maklumat tersebut dengan segera dan menghentikan segala aktiviti atau akaun anda akan disekat dan/atau ditamatkan dan menghadapai kemungkinan tindakan undang-undang terhadap apa yang anda lakukan
Anda diberikan masa 72 jam untuk memberikan jawapan kepada email yang diberikan berserta link atau lain-lain dokumen yang menunjukkan website anda telah memenuhi syarat.
Jika selepas membaca kesemua THE CODE OF ETHICS AND CONDUCT, TERMS OF SERVICE AND POLICIES AND PROCEDURES dan anda rasa notis ini silap, anda mesti memberikan jawapan kepada email dibawah dalam masa 72 jam atau berisiko akaun akan ditamatkan dan kemungkinan tindakan undang-undang.
INI ADALAH AMARAN UNTUK ANDA
*****************BAGAIMANA UNTUK MENJAWAB E-MAIL****************
Sila gunakan email dibawah untuk urusan berkaitan diatas
ACCOUNT.ENFORCEMENT@CLUB-ASTERIA.COM
Andrea Lucas
Managing Director.
p/s: Untuk maklumat lengkap sila rujuk e-mail dari Club-Asteria di akaun e-mail anda.

Thursday, April 28, 2011

Club-Asteria : Kod etika & pengendalian dan Terma & Syarat

Semua Ahli sila login Club-Asteria dan baca senarai/peraturan kod etika & pengendalian Club-Asteria termasuk Terma & Syarat dan kemudian tandakan “tick” yang anda bersetuju dengannya sebelum dibenarkan masuk ke “back-office” atau member area. Saya tidak dapat menterjemahkannya dalam bahasa Malaysia kerana terlalu banyak. sila gunakan “Google Translate” jika perlu.

Dan juga terdapat penambahan fungsi di “back-office” antaranya Senarai Referral dibawah anda tanpa had (All My Referrals), pertanyaan mengenai masalah akaun anda (Inquiry) dan juga lapuran bonus Network Director (Global Volume Report) untuk bulan Mac 2011

Friday, April 22, 2011

Matching Bonus, Towah Accounts, GVR dan lain-lain

MATCHING BONUS

Mulai 1 Mei, jumlah asterios matching bonus untuk ahli boleh kumpul akan dkurangkan kepada maksima 1000 daripada 2000 asterios yang ada sekarang. Matching bonus yang ada sekarang ini akan ditamatkan dalam masa 6 minggu lagi (mulai 1 Jun 2011).

Nota komen dari Admin Team CA: Ini bermakna jika anda sudah beli $250 asterios pada bulan ini atau yang lepas, anda sudah menerima tambahan 250 asterios matching bonus. Contoh, pada bulan depan jika anda beli $1000 asterios untuk ND1, maka anda hanya menerima tambahan asterios matching bonus sebanyak 750 sahaja (250 + 750 = 1000 asterios, sudah maksima)

TOWAH ACCOUNTS

Kami lihat banyak akaun dimana email dimasukkan sebagai payment processor ID untuk Towah. Ini salah. ID Towah yang betul ialah 5 digit nombor unik yang diberikan pada setiap orang yang mendaftar untuk e-wallet. Anda boleh dapatkan nombor ini dengan login ke akaun Towah

NETWORK DIRECTOR GVRs

Adalah dimaklumkan, polisi semasa untuk bayaran GVR (bonus bulanan kumpula) kepada Network Director adalah seperti berikut: Ahli yang upgrade sebagai ND pada bulan pertama (atau upgrade ke ND yang lebih tinggi) hanya layak untuk mendapatkan komisen GVR pada bulan ke2 dimana akan dibayar pada sekitar pertengahan, 15hb pada bulan ke3. Sebagai contoh, jika anda upgrade ND pada bulan April, komisen GVR anda akan dikira berdasarkan jualan kumpulan pada bulan Mei (bukan April, dimana ini adalah bulan kelayakan) dan dibayar pada sekitar 15hb Jun. Walaubagaimanapun, mulai GVR bulan April, ND akan menerima komisen dari jualan kumpulan SELEPAS TARIKH menjadi ND atau ND yang lebih tinggi. Dengan cara ini, ND tidak perlu menunggu bulan depan untuk mendapat komisen GVR

Nota komen dari Admin Team CA: Contoh, anda upgrade ND pada hari ini 22hb April maka anda akan mendapat komisen GVR bulan April berdasarkan jualan kumpulan dari tarikh 22 – 30hb April dan bukan dari dari 1-30hb April seperti sebelum ini.

BAYARAN LANGGANAN MELALUI BAKI AKAUN

Dimaklumkan, bayaran langganan bulanan melalui baki akaun secara manual boleh dilakukan sekarang. Bagaimanapun, bayaran langganan secara automatik belum lagi boleh dilaksanakan. Sila pastikan anda login ke akaun dan buat bayaran sebelum tarikh tamat untuk memastikan akaun anda sentiasa aktif. Kami jangkakan bayaran secara automatik akan dilaksanakan tidak lama lagi.

EMAIL/PASSWORD

Untuk memastikan keselamatan akaun Club-Asteria dan e-mail anda, kami mengalakkan semua ahli menukar password sekerap mungkin, sekurang-kurangnya sekali sebulan. Pastikan anda sudah “white-list” atau set email dari Club-Asteria sebagai bukan SPAM supaya anda boleh menerima semua email dari Club-Asteria

Perlu diingat, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan akaun, bayaran langganan, kemaskini akaun (profile, alamat dan gambar terkini) dan juga mendaftar maklumat payment processor yang betul di akaun Club-Asteria anda.

Terimakasih
Andrea Lucas
Managing Director

Nota: Sila login akaun Club-Asteria untuk membaca NEWS asal

Wednesday, April 13, 2011

Pendidikan PERCUMA untuk semua

Seperti yang anda sedia maklum, Club-Asteria ada menyediakan Program Pendidikan Usahawan (Entrepreneurial Education Program) melalui laman web www.clubasteriaeducation.com. Tahukah anda, program pendidikan ini diberikan PERCUMA untuk semua orang samada anda ahli atau bukan-Ahli Club-Asteria. Menurut Andrea Lucas, semua orang berhak mendapatkan pendidikan percuma. Dengan cara ini, mereka yang menerimanya akan menghargai nilai pendidikan yang diberikan oleh Club-Asteria dan seterusnya menjadi Ahli Berbayar.

Apa yang patut anda lakukan? Anda boleh bermula dengan bahagian “Quote of the Week” dan seterusnya “Learning Opportunities” seperti dibawah

1. Buka website http://www.clubasteriaeducation.com

2. Klik “Quote of the Week”

3. Klik “Learning Opportunities”

Jangan lupa, anda juga boleh hubungi Dr.Rich berkaitan dengan program pendidikan ini.

Tuesday, April 12, 2011

Club-Asteria #1,547 Alexa Traffic Ranking

Club-Asteria terus mendapat sambutan diseluruh dunia dengan keahlian sudah melepasi 283,500 dan berada dikedudukan #1,547 di Alexa Traffic Ranking (alexa.com) dan masa setahun sejak beroperasi secara online. Club-Asteria masih baru dengan pelancaran website baru pada awal tahun 2011 dengan masih mengekalkan status “PAID” setiap minggu tanpa gagal. Sila lihat graf Alexa Traffic Ranking dibawah

Note: Malaysia belum lagi ramai menyertai Club-Asteria dimana India dan Thailand adalah wakil dari negara asia yang aktif .

Tuesday, April 5, 2011

Jadikan Satu Perbezaan

Kami bertekad untuk membuat perbezaan yang positif pada setiap individu dan ahli keluarga kita. Kami percaya dalam diri setiap individu ada kekuatan dan kemampuan untuk menyumbang sesuatu untuk kebaikan dunia. Melalui usaha dan pengorbanan kita boleh mencapai apa yang kita impikan untuk kehidupan yang lebih baik bagi semua orang. Setiap hari, pekerja kami berkerja keras untuk memberikan manafaat yang lebih baik kepada ahli. Pekerja kami terus mencari diseluruh dunia, produk dan perkhidmatan yang akan meningkatkan kehidupan ahli. Setiap hari semakin ramai pendidik,pemimpin dan penulis menyumbang kepada kandungan pendidikan yang sediada untuk anda. Ini sesuatu yang indah dimana kami berbangga dapat memberikan hak keistimewaan ini kepada ahli.

Gunakanlah Sumber yang ada Dihujung jari anda

Kita hidup di zaman digital. Melalui program pendidikan keusahawanan, digabung dengan penyelesaian e-commerce dan menggunakan e-wallet, peluang ini sedia ada untuk anda membantu diri sendiri

  • Setiap ahli ada peluang untuk menambah pengetahuan dan skil melalui pendidikan keusahawanan.
  • Setiap ahli boleh menjana pendapatan melalui program e-commerce
  • Setiap ahli boleh menguruskan kewangan melalui simpanan, pengurusan dan pemindahan dana secara global melalui e-wallet
  • Setiap ahli boleh membeli dan menjual produk dan perkhidmatan yang disediakan
  • Setiap ahli boleh berkongsi dengan orang lain yang yakin akan manafaat diatas.

Dengan memanafaatkan program diatas, ahli mempunyai peluang untuk bekerja dan mengejar matlamat yang lebih tinggi bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk memberikan sokongan kepada berjuta-juta manusia diseluruh dunia yang amat memerlukan bantuan kita. Kita boleh menyediakan program, kita boleh mewujudkan dan menawarkan produk yang terbaik, kita boleh memperkenalkan perkhidmatan yang menjimatkan dan berkesan .. tetapi tanpa bantuan anda, kesemua itu tidak akan menjadi satu perbezaan. Kami yakin jika anda diberikan kesempatan, akan mengambil peluang ini. Kami yakin anda akan mengikut hala tuju yang lebih baik, belajar dan bekerja tidak hanya untuk diri sendiri tetapi demi kebaikan keluarga anda dan semua orang.

Bagaimana Perkongsian Untung berfungsi?

Keahlian terus meningkat melebihi 220,000 orang. Bolehkah anda bayangkan akan kemungkinan jika semua bekerjasama, Perkongsian untung setiap minggu sudah tentu akan meningkat pada tahap maksima setiap minggu sekiranya semua orang meluangkan masa dan tenaga untuk perniagaan club-asteria. Keuntungan kami ditentukan oleh sokongan dan penglibatan setiap dari lebih 220,000 ahli. Keuntungan ini akan naik dan turun bergandung berapa ramai ahli secara aktif menggunakan peluang ini dengan memanfaatkan dan/atau menjual mana program atau perkhidmatan yang disediakan.

Jika ada sesiapa yang memberitahu anda sesuatu yang berbeza, mereka sudah melakukan kesilapan dan tidak tepat. Kami berkongsi keuntungan dari apa yang diperolehi dari keahlian. Tiada jaminan. Adalah mustahil untuk menjaminnya. Kami hanya boleh berkongsi apa yang kami perolehi. Untuk melindungi integriti dan asas syarikat, inilah satu-satunya dasar fiskal yang kita miliki, Kami secara serius bertanggungjawab atas kewangan supaya boleh terus menyediakannya untuk setiap ahli bagi tempoh bertahun-tahun akan datang. Sekali lagi, jika anda diberitahu sesuatu yang berlainan atau anda percaya ia sesuatu yang berlainan maka anda salah.

Minggu ini keuntungan meningkat, ini bermakna lebih ramai ahli terlibat dan mengambil peluang dengan menggunakan atau menjual program atau perkhidmatan yang disediakan. Ini melayakkan untuk anda diberikan ucapan tahniah atas usaha untuk semua orang

Bantu kami untuk membantu anda

Sistem pendidikan yang disediakan adalah alat pembelajaran yang menakjubkan yang semakin meningkat setiap hari. Penyelesaian e-commerce adalah antara yang terbaik dalam sistem e-marketing didunia. E-wallet yang disediakan oleh rakan kongsi kewangan mampu memberikan perbezaan yang hebat kepada anda dan keluarga anda. Jika anda tidak memanafaatkan program dan perkhidmatan yang disediakan oleh Club-Asteria, anda sebenarnya tidak membantu diri sendiri, Perkhidmatan kami sangat berharga tetapi hanya jika anda mengambil peluang tersebut.

Kami berbangga untuk berkerjasama dengan anda dan kami berharap anda berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada kami yang berjuang untuk melakukan perbezaan yang sebenar untuk anda dan seluruh dunia. Apabila, perkongsian untung diumumkan setiap minggu, ingatlah yang kita sudah melakukan bahagian kita untuk memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik. Anda perlukan lakukan bahagian anda untuk memgekalkan perkongsian untung yang tertinggi. Kami yakin melalui club dan semua ahli dan kami percaya dengan berkerjasama kita akan maju dari segi kewangan dan menjadi kekuatan yang kukuh sebagai contoh kepada dunia untuk tahun-tahun yang akan datang.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan ini mungkin tidak tepat, sila rujuk News di “back-office” untuk versi asal