Sunday, August 7, 2011

Belian Asterios atau untuk Network Director ditamatkan mulai 1hb Ogos 2011

Adalah dimaklumkan, belian Asterios atau untuk mendapatkan kedudukan Network Director (ND) tidak lagi dibenarkan mulai 1hb Ogos 2011. Sebarang bayaran berkaitan akan dipulangkan semula ke akaun pembayar dimana ia dilakukan.

Admin CA

As a reminder, the purchase of Asterios and/or Network Director positions will no longer be allowed effective August 1st, 2011. Any such payment will be returned via the payment processor through which it was made.

Admin

Saturday, July 16, 2011

Mark Kaplan – eCommerce Programme (Video)

Video dari Mark Kaplan – Pengarah Perancangan Strategik & Pembangunan mengenai Program e-Commerce Club-Asteria

Sila klik image dibawah untuk lihat video



Video dari Mark Kaplan – Pengarah Perancangan Strategik & Pembangunan mengenai Program e-Wallet Club-Asteria

Sila klik image dibawah untuk lihat video

Sila klik image diatas untuk lihat video

Friday, July 15, 2011

Mark Kaplan – Passion of Club-Asteria (Video)

Video dari Mark Kaplan – Pengarah Perancangan Strategik & Pembangunan mengenai Keghairahan Mengenai Club-Asteria

Sila klik image dibawah untuk lihat video

Sila klik image diatas untuk lihat video

Thursday, July 14, 2011

Andrea Lucas – The Future of Club-Asteria (Video)

Sila klik image dibawah untuk melihat video terbaru -

The Future of Club-Asteria (Masadepan Club-Asteria) oleh Andrea Lucas

Sila klik image diatas untuk melihat video terbaru

Apabila Club Asteria pertama kali diwujudkan, fikiran kami ialah bagaimana kita boleh menyumbang untuk membuat perubahan positif di dunia dengan membantu orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan dan memberi sokongan kepada orang lain di seluruh dunia yang mendapati diri mereka dalam keadaan kesukaran yang melampau dan tidak dapat menolong dirinya sendiri. Kami menyedari potensi Internet dalam berkomunikasi dengan orang di seluruh dunia dan juga menyediakan produk, perkhidmatan dan program untuk membuat kehidupan mereka lebih baik.

Kami sentiasa berkata bahawa seorang usahawan sosial dapat mengenalpasti masalah dan kemudian menetapkan cara untuk menyelesaikan masalah itu melalui cara yang inovatif. Di Club Asteria kami memperkenalkan sistem dan peralatan dimana ahli-ahli kita boleh mengambil kesempatan ini untuk mewujudkan satu kaedah baru bagi meningkatkan pendapatan dengan menggunakan Internet. Kami kini telah mencipta website ahli yang baru dalam website Club Asteria itu sendiri. Anda akan dapat memiliki website peribadi sendiri untuk memperkenalkan perniagaan Club Asteria perniagaan anda dan di mana semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Club Asteria akan secara automatik dipaparkan dan sedia untuk dijual. Website ahli ini akan disokong dan diperkuatkan oleh teknologi terkini, keselamatan, dan pemasaran terkini yang boleh didapati di pasaran. Dengan bersatu bersama-sama, kita dapat mencipta cara-cara untuk menyediakan penyelesaian Internet terbaik dimana ahli sendiri tidak mampu membuatnya sendiri. Club Asteria telah sentiasa menjadi lebih daripada sekadar perkongsian untung, ia telah mempunyai peralatan untuk membuat perniagaan anda sendiri yang boleh memperolehi pendapatan secara langsung seumur hidup. Anda akan mampu bersaing dengan orang lain dari seluruh dunia kerana kita komited untuk membuat sistem, peralatan dan produk dan perkhidmatan yang baik atau lebih baik daripada program pemasaran yang lain.

Produk-produk dan perkhidmatan yang anda akan ada termasuk barang-barang digital, elektronik dan barangan tahan lama seperti bantuan kesihatan, kesihatan dan kecantikan, produk elektronik, dan pakaian.Banyak produk-produk ini akan dikeluarkan dan diagihkan secara eksklusif oleh ahli-ahli Club Asteria.

Club Asteria bertindak dalam cara yang “sosial-sedar” dengan memulakan inisiatif global untuk menyediakan pelbagai peluang pendapatan untuk ahli-ahli kami. Di samping itu, kami akan terus dengan kedua-dua visi dan misi kita untuk menyokong mereka yang kurang bernasib baik yang tidak dapat menolong dirinya sendiri. Kami telah pun sampai kepada kanak-kanak dimana kehidupan mereka akan diubah oleh gaya hidup yang sihat dan pendidikan yang lebih baik. Dan kita terus memberi sokongan kepada golongan keluarga untuk membolehkan mereka untuk mengekalkan diri mereka di bawah keadaan yang amat sukar. Air minuman yang bersih, perkhidmatan kesihatan, makanan yang sihat dan tempat tinggal yang lebih baik dimana ini akan sentiasa menjadi fokus Club Asteria.

Sebagai menghadapi masadepan, produk yang kita sedang sediakan, sama ada ianya tablet PC yang dimuatkan dengan semua produk dan perkhidmatan Club Asteria, atau satu program pendidikan baru yang dinamik yang memberi manfaat kepada kita semua, Club Asteria akan terus berusaha untuk mencipta satu masa depan yang cerah bagi setiap ahli. Setiap hari kita berusaha untuk mengembangkan senarai produk dan perkhidmatan kami untuk mewujudkan nilai yang lebih besar untuk anda menjadi ahli kami. Matlamat kami ialah terus memberikan peluang untuk setiap ahli-ahli kami untuk mengubah kehidupan mereka dan mewujudkan masa depan yang lebih baik bagi keluarga dan orang tersayang mereka.

Konsep inilah yang kita boleh bersama-sama mewujudkan peluang pendapatan ini. Semua ini tentang masyarakat dan kita semua bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan untuk mewujudkan momentum dan sinergi yang akan membolehkan kita untuk meningkatkan potensi pendapatan kita. Terdapat keajaiban yang banyak dalam kehidupan ini, tetapi bukannya hanya berharap, berkeinginan atau berdoa sahaja, kita memilih untuk terus memberi tumpuan kepada program yang benar-benar memberikan anda peluang untuk maju dalam hidup dan menjana pendapatan tambahan. Keadaan ini yang akan membolehkan kita berganding bahu bersama-sama dengan program keahlian Club Asteria. Tiada siapa yang lain yang akan melakukan ini, tiada siapa lagi yang akan mengambil wawasan ini secara global untuk jangka panjang … yang perlu kita lakukan ini adalah untuk diri kita sendiri dengan mewujudkan perniagaan yang memberikan kita peluang untuk menjana pendapatan tambahan. Kita tahu bahawa tidak ada seorang daripada kita boleh melakukan ini sendiri. Peluang adalah ditangan anda untuk bersatu dan melakukannya sebagai satu keluarga dan satu pasukan.

Setiap hari, hasrat peribadi saya adalah untuk anda dan tiap-tiap ahli yang lain untuk mencapai potensi terbesar anda dan melihat impian anda menjadi kenyataan. Kami mengambil berat tentang setiap ahli kami dan terpulang kepada kita semua untuk membantu antara satu sama lain dan menyokong antara satu sama lain untuk kebaikan bersama semua ahli-ahli kami.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

Nota: Terjemahan ini mungkin tidak tepat, sila rujuk NEWS asal

Wednesday, July 13, 2011

Video Terbaru – What is Club-Asteria? dan juga cara Daftar Asteria-Pro

Sila lihat video terbaru dari Club-Asteria (What is Club-Asteria), lebih banyak video akan dikeluarkan. Nantikan kemunculannya..

Juga Video Cara-cara untuk mendaftar Asteria-Pro.. dibawah

Juga Bagaimana Buat Duit dengan Asteria-Pro.. dibawah

Sunday, June 26, 2011

Peluang Menjana Ekonomi dan Penggunaan Asterios

Seperti dimaklumkan, kita bersedia untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru dalam masa 30-60 hari akan datang, jadi hasil perkongsian untung (bonus mingguan) akan dikumpul semasa proses peralihan ini dengan memastikan setiap pembayaran kepada dan daripada ahli dapat dilakukan dengan betul, dikenalpasti dan dibayar. Kami mewujudkan lebih banyak cara untuk menjana pendapatan tambahan dan penggunaan Asterios berbanding sebelum ini, dan memberikan ahli peluang untuk menggunakan Asterios mereka dengan cara yang lebih baik, termasuk menggunakan Asterios mereka sebagai sebahagian daripada harga pembelian produk dan perkhidmatan baru seperti komputer tablet dan barangan elektronik, barangan dirumah dan produk penjagaan kesihatan, kecantikan, pakaian dan lain-lain lagi.

Ahli juga akan dapat menyimpan dan menggunakan Asterios mereka ke arah mencapai kedudukan Network Director dengan semua kemudahannya disamping, membuka pintu kepada ahli-ahli yang mungkin tidak mampu dari segi kos untuk menjadi Network Director seperti sebelum ini.

Juga, perhatikan email anda dan Berita dari kami untuk Pengenalan aplikasi iPhone dan Android (mobile app) dalam tempoh beberapa hari lagi! Dengan aplikasi ini anda akan dapat akses dan menguruskan perniagaan Club Asteria anda sepenuhnya dari telefon bimbit anda! Kami akan memberikan lebih banyak lagi pengumuman baru dalam beberapa hari akan datang kerana kita sentiasa menambah lebih nilai dan peluang ekonomi untuk ahli, dan untuk membantu orang lain di seluruh dunia yang tidak mempunyai keupayaan untuk menolong diri mereka sendiri.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

Nota: Terjemahan mungkin tidak tepat, sila rujuk NEWS asal

Friday, June 24, 2011

Produk dan Perkhidmatan Baru

Kami telah membuat keputusan untuk mengumpulkan hasil perkongsian untung (Bonus Mingguan) untuk 30-60 hari akan datang. Alasannya adalah bahawa dalam 30-60-90 hari akan datang kita akan melancarkan banyak produk dan perkhidmatan baru dan menghentikan pembelian Asterios untuk tujuan meningkatkan pembahagian keuntungan individu dan untuk mendapatkan kedudukan Network Director.

Seperti yang telah kita katakan sebelum ini untuk mencapai kedudukan Network Director dengan semua kelebihannya, anda perlu berusaha untuk mendapatkannya di masa hadapan. Ini akan membolehkan kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik yang akan digunakan oleh ahli kami dan juga untuk dijual oleh ahli kami kepada orang ramai.

Dalam beberapa minggu akan datang anda akan melihat pengenalan aplikasi iPhone dan Android untuk mengakses dan menguruskan perniagaan Club-Asteria anda. Di samping itu anda akan melihat banyak produk daripada industri kesihatan, kecantikan, pakaian, barangan elektronik, bahan pendidikan dan lain-lain barangan digital dan tahan lama. Semua ini akan membuatkan keahlian anda bermakna dengan kelebihannya dan peluang ekonomi yang lebih berharga.

Club Asteria akan terus untuk meningkatkan kemampuan ahli-ahli kami untuk menjana pendapatan tambahan melalui semua produk dan perkhidmatan di atas untuk membantu keluarga mereka dan kemudian membantu orang lain di seluruh dunia yang mereka sendiri tiada keupayaan untuk menolong diri mereka sendiri.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

Nota: Terjemahan mungkin tidak tepat, sila baca NEWS asal di website Club-Asteria

Monday, June 20, 2011

Maklumbalas atas Keperluan Ahli

Tiada yang lebih penting bagi kami di sini di Club Asteria daripada mengenal pasti dan bertindak balas kepada setiap keperluan dan keinginan ahli-ahli kami. Pada minggu lepas, pengarah dan kakitangan seluruh Club-Asteria bertemu untuk berbincang dan merancang bagaimana cara terbaik dapat membantu menambah nilai untuk ahli-ahli kami apabila melangkah ke tahun kedua kami. Matlamat kami sentiasa untuk meningkatkan peluang ekonomi melalui program-program yang memberi manfaat kepada setiap ahli sacara individu serta seluruh ahli kami. Dalam lima hari yang lepas, kita telah mengadakan mesyuarat perancangan secara rapi untuk tahun kedua Club Asteria terhadap pertumbuhan, dan mengkaji semula produk baru yang menarik, perkhidmatan dan program yang dalam pembangunan sekarang yang akan menyediakan ahli kami dengan peluang pendapatan lebih pada tahun akan datang.

Website Baru Ahli pada bulan Julai

Untuk menyokong inisiatif baru ini, kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa website ahli yang baru akan siap pada bahagian pertama bulan Julai. Website baru ini akan membenarkan setiap ahli Gold mempunyai website khas yang memaparkan semua produk dan perkhidmatan Club Asteria dan menerangkan bagaimana Club Asteria berfungsi. Apabila bakal ahli baru atau pelanggan melawat website anda, jualan atau pendaftaran baru akan secara automatik dikreditkan sebagai komisen anda. Website baru mempunyai banyak ciri-ciri yang lebih menarik daripada yang ada pada hari ini kepada ahli-ahli kami. Kami akan menyediakan latihan, pendidikan dan webinars sokongan penuh untuk membantu anda mengambil peluang sepenuhnya keatas website baru anda.

Membawa Prospeks terus kepada Anda

Club Asteria tidak lama lagi akan mula secara automatik membawa prospek dan membuat jualan hasil daripada usaha pemasaran secara besar-besaran oleh pihak Club-Asteria terus ke website baru ahli, dengan ini akan mewujudkan peluang pendapatan baru untuk anda. Dan lagi, anda akan dapat mengakses website baru anda melalui komputer anda, tablets ataupun telefonbimbit anda. Setiap ahli Gold akan dapat mengambil bahagian dalam program ini.

Produk-produk Baru

Kami fokus setiap hari untuk memperkenalkan yang baik, program yang kukuh dan produk yang akan membantu anda mendapat pendapatan tambahan. Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pengilangan kami dan pasukan pembangunan untuk membawa program-program baru dan produk yang boleh digunakan dan dijual oleh ahli kami.

Melalui kuasa membeli yang besar, kami akan menambah produk-produk dan perkhidmatan baru yang menjangkau lebih jauh daripada latihan digital dan program bantu diri yang diperkenalkan diperingkat asal. Produk-produk dan perkhidmatan termasuk perkakasan elektronik seperti tablet (ipad) dan komputer, kesihatan dan barangan kesihatan termasuk mengurangkan berat badan dan suplemen tenaga, produk penjagaan rumah, pakaian dan banyak lagi. Kami kini dalam proses rundingan harga dan sistem penghantaran yang akan membolehkan kita menjadi sangat kompetitif di pasaran.

Semakin kita maju, adalah penting untuk mengingatkan diri kita dan ahli-ahli kita bahawa syarikat meluangkan masa bertahun-tahun dalam menyelidik, membangun dan menguji produk dan perkhidmatan baru sebelum diberikan kepada ahli. Walaupun kita sedang membangunkan peluang-peluang baru lebih cepat daripada kebanyakan syarikat , kita masih perlu memastikan setiap perkara baru akan diterima seperti yang diharapkan oleh ahli-ahlikami dan pelanggan anda. Sila fahami, masa dan tenaga yang diperlukan untuk mendapatkan produk baru dalam pasaran tidak boleh diukur dalam hari atau minggu atau bulan, tetapi mesti diukur dari berapa banyak masa diperlukan untuk menjadikannya yang benar.

Asterios berdasarkan Jualan

Kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa tidak lama lagi anda akan dapat nenambah Asterios melalui jualan produk dan juga cara lain. Anda juga boleh menggunakannya dengan secara lebih flexible . Sebagai contoh, manakala kebanyakan produk digital kami akan terus percuma untuk ahli Gold, anda akan boleh menggunakan Asterios anda untuk mendapat diskaun tambahan pada banyak barang-barang elektronik dan tahan lama yang akan kami memperkenalkan.

Peluang Baru untuk Menjadi Network Director

Kita semua bersetuju bahawa lebih aktif Club-Asteria sebagai organisasi ahli maka lebih banyak keuntungan yang diterima untuk berkongsi bersama. Seperti yang kita lakukan pendekatan pada tahun pertama, kita mula merancang fasa-daripada Asterios sebagai item pembelian. Bermula dengan 1 Ogos ahli tidak lagi boleh membeli Asterios sebagai produk tetapi akan dapat keuntungan Asterios oleh hasil dari usaha pendapatan mereka.

Ini akan meningkatkan peluang kepada semua ahli untuk mencapai kedudukan terhormat Network Director dan mula memperolehi pendapatan tambahan untuk usaha mereka. Dalam ketika kita terus maju, tumpuan yang paling penting ialah untuk memajukan produk-produk kami, program dan perkhidmatan dan ganjaran ahli-ahli kita berdasarkan usaha dan inisiatif mereka. Apabila Club Asteria bermula, kita perlukan Network Director yang kukuh sebagai leader tempatan, jadi kita masukkan program yang membenarkan pembelian Asterios untuk mendapat status ND serta-merta. Menghapuskan pembelian status ND secara dramatik akan meningkatkan program Network Director pada tahap yang saksama untuk semua ahli, termasuk mereka yang bersemangat dan berkeinginan tetapi tiada keupayaan kewangan untuk membeli Asterios. Network Director sedia ada akan terus menikmati kedudukan terhormat mereka dengan nilai peningkatan Asterios mereka dan peluang pendapatan tambahan serta diskaun pembelian peluang yang ada hanya untuk Network Director.

Dengan semua produk kami dan perkhidmatan baru yang akan disediakan pada setiap ahli, kami mempunyai peluang baru untuk menyertai jualan secara tradisional dan produk online dan perkhidmatan kepada masyarakat global. Ini akan membolehkan usahawan di negara-negara membangun untuk meneroka sumber-sumber kewangan negara-negara maju dengan menyediakan nilai dan mewujudkan permintaan, bukannya melalui pemberian. Ini model yang mampan dari segi sosial yang mampu meningkatkan kepentingan keluarga daripada kemiskinan, mengubah masyarakat dan juga negara-negara dari pergantungan kepada kemerdekaan dan maruah. Club Asteria komited untuk meningkatkan taraf dunia hidup melalui keusahawanan, dan meningkatkan wawasan semua orang untuk mengenali orang lain yang memerlukan dan membantu orang di seluruh dunia yang dalam keadaan susah.

Andrea Lucas
Pengarah Syarikat.

Nota: Terjemahan mungkin kurang tepat, sila rujuk NEWS asal.

Thursday, June 16, 2011

Motivasi Diri – 5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari

Berikut adalah artikel yang menarik saya temui semasa “google” untuk mencari bahan motivasi. Sila baca dan fikirkan..

1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.
Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seadanya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel.

2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.
Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu, seperti kami pernah ulang di artikel-artikel lalu. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!

3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan.

Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda.

4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.
Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.

5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.
Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis.

Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.

Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.

Kesimpulan:
Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubah ke arah yang lebih baik.Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak “give up”. Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!!

Thursday, June 9, 2011

Asas Kebenaran

Club-Asteria diwujudkan untuk menyediakan peluang menjana pendapatan kepada semua ahli, keupayaan menghantar wang kemana sahaja diseluruh dunia menggunakan telefon mudahalih dan memberikan bantuan kepada orang ramai diseluruh dunia dimana dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat membantu diri sendiri.

Kami membantu ahli dalam keadaan untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan menyediakan pendidikan dan latihan, sistem dan peralatan, dan mengambil peluang dari program dan perkhidmatan yang disediakan. Dari awal lagi, kami percaya dan masih yakin bahawa orang ramai akan menjadi lebih baik dari apa yang ada iaitu adanya kebaikan dan kekuatan dari diri masing-masing. Kami cuma perlukan peluang yang betul dan kesempatan untuk mencapainya ke tahap sebenar.

Sebagai ahli club-asteria yang bermatlamat yang sanggup mengenalpasti peluang yang ada akan meluangkan masa dan tenaga untuk bangun dan berubah. Disebabkan kita meletakkan diri kita berada pada tempat dan masa tertentu, ia tidak bermakna kita tidak boleh memperbaiki diri kita. Kita boleh berubah, jika kita yakin kita boleh berubah dan berusaha untuk melakukannya.

Kami meletakkan program ini bersama-sama untuk sampai ke seluruh ahli keluarga. Kami percaya bukan hanya untuk ibu-bapa tetapi juga untuk anak-anak yang akan membawa hala tuju tersebut. Maklumat yang kami sediakan, video latihan yang disediakan untuk anda dan kesemua sistem dan peralatan yang ada itu adalah untuk anda mengambil peluang tersebut. Walaupun anda belum pernah melakukannya sebelum ini dan anda percaya anda tidak tahu menggunakannya, kami akan membantu menunjukkannya bagaimana untuk melakukannya dan memberi motivasi untuk anda yakin pada diri sendiri. Dengan mengambil peluang tersebut, anda menjadi lebih berkuasa. Andalah yang mengawal diri anda. Pendidikan dan latihan tersebut akan membawa anda kemana sahaja yang anda mahu. Ini adalah kelebihan yang ada dalam Club-Asteria yang bukan sahaja memberikan sesuatu tetapi menunjukkan kepada anda bagaimana untuk memilikinya sepanjang hidup.

Untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menjadi lebih baik bukannya mudah. Ia tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia mengambil masa untuk mengejar sesuatu yang bernilai dan akan mengubah kehidupan anda dan keluarga anda dimasa depan. Ianya berbaloi untuk melabur dalam masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Sebagai organisasi keahlian, kami sedar bahawa kami tidak boleh mengubah dunia dalam masa yang singkat. Ia akan memakan masa bertahun untuk membuat perubahan secara keseluruhan. Kadangkala, masa diukur melalui generasi. Tidak kira berapa lama perlu diambil, Club-Asteria terus komited dan berdidikasi untuk membawa perubahan yang positif. Dalam masa beberapa bulan akan datang, kami akan mengumumkan produk dan perkhidmatan baru yang akan membantu memenuhi misi keahlian kami, misi yang akan sampai keseluruh ahli keluarga tidak kira umur tua atau muda. Kami berharap dan mencabar setiap ahli untuk mengambil peluang apa yang kami sediakan supaya mereka juga berilmu dan berkuasa seperti anda.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan ini mungkin tidak tepat, sila rujuk NEWS asal di club-asteria.

Apa yang Berubah, Apa yang Tidak.

Club-Asteria tidak pernah mengubah visi dan misinya. Kami masih memberi tumpuan dari segi masa dan tenaga tanpa henti demi mengejar matlamat untuk membantu setiap ahli memperolehi pendapatan tambahan danmenyediakan bantuan kepada orang ramai diseluruh dunia yang tidak dapat membantu diri sendiri. Kami terus menyediakan manafaat ini dan perkhidmatan dan akan mewujudkan sesuatu yang baru dan memperbaiki yang sediaada untuk masa depan. Di Club-Asteria, kami percaya akan kejayaan masa depan setiap ahli dan kami memberikan komitmen untuk menyediakan peralatan dan sistem untuk memastikan kejayaan ini.

Apa yang berubah adalah keyakinan dan kepercayaan sebahagian ahli keatas keupayaan kami untuk memenuhi visi dan misi. Seperti juga syarikat lain, mereka juga ada naik dan turun. Kejayaan kami ini telah dirasai oleh semua orang. Walaubagaimanapun, cabaran kami telah mewujudkan kurang keyakinan bagi sebahagian ahli. Mereka ini telah melanggar peraturan dengan membuat kenyataan umum kepada orang ramai dengan komen yang negatif. Ini telah melukakan kami dalam usaha untuk meneruskan menyediakan manafaat kepada program keahlian ini. Apa yang memalukan ialah komen negatif ini dan aduan walaupun dari hanya beberapa orang ahli telah menyukarkan kami untuk berjaya dalam mengejar matlamat Club-Asteria dan menyediakan bantuan kepada setiap ahli.

Sekali lagi, tiada apa yang berubah di pihak Club-Asteria. Kami masih dalam kedudukan kewangan yang menyakinkan, kami masih tidak lari dari visi dan misi, produk dan perkhidmatan kami terus diperbaharui. Kami tahu dengan membaca NEWS, terlibat dapat program pendidikan yang disediakan, menyertai program Internet Marketing dan mengambil peluang atas e-wallet, anda akan mempunyai masa depan yang cerah. Berpuluh ribu ahli sudah melakukannya dan mendapat manafaat dari program dan perkhidmatan yang disediakan. Mereka menikmati akan keselamatan, keyakinan dan penjimatan dari e-wallet, mempelajari dan mendapat pengetahuan dari program pendidikan dan mengambil peluang bukan sahaja dari latihan tersebut tetapi juga penglibatan keuntungan yang diperolehi hasil dari Internet Marketing tersebut. Kepercayaan dan keyakinan kami kepada anda ialah apabila lebih banyak penglibatan anda dalam program dan perkhidmatan ini, lebih banyak nilai yang akan anda sedari hasil dari keahlian ini.

Kami serius dalam komitmen untuk kejayaan anda. Kami masih berada dilaluan dan tidak akan menyimpang dari membantu ahli kami dan membantu mereka yang tidak dapat membantu diri sendiri. Sekarang adalah masa untuk terus berfikiran positif dan mengambil peluang keatas semua program dan perkhidmatan yang kami sediakan. Anda boleh percaya akan kejayaan anda adalah hasil dari usaha gigih dan bijaksana dan terus mengambil kesemua apa yang disediakan oleh Club-Asteria.

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan ini mungkin kurang tepat, sila rujuk NEWS asa

Sunday, May 29, 2011

Bisnes harus diteruskan

Jom teruskan bantu Club-Asteria berkembang maju, perkenalkan bisnes ini dengan hanya $10 atau $20 sahaja.. tidak perlu bersusahpayah pujuk kawan masuk $270 atau $500 atau $1000 dan sebagainya melainkan dia mampu dan faham konsep Club-Asteria ini. Jika setiap orang terus bergerak dan membuat bayaran bulanan, maka sudah tentu % akan naik semula.

Kepada anda yang sudah beli asterios atau menjadi ND ini adalah pilihan yang saya syorkan

  1. Teruskan membayar bulanan kerana anda tetap akan diberikan asterios bulanan, bonus tajaan/renewal dan bonus mingguan termasuk bonus bulanan sebagai ND walaupun sedikit (bonus mingguan) tetapi tetap dapat. - stay active
  2. Atau tukar keahlian ke silver jika gold tidak mampu, dengan cara ni anda masih layak mendapat bonus tajaan walaupun $4.50 dan bukan lagi $9 - downgrade
  3. Jika tiada pilihan, anda boleh jadi in-active tanpa perlu bayar bulanan dan tunggu sehingga % naik semula – inactive/tiada bonus

Apa yang penting, duit anda dalam bentuk asterios tidak akan hilang atau berkurangan. Club-Asteria untuk jangka panjang, dengan pelbagai usaha dan website yang canggih dan produk yang semakin hebat dan akan datang dengan lebih banyak produk, Insyallah saya percaya Club-Asteria tidak perlu menutup kedai hanya kerana isu Paypal. Club-Asteria masih membayar dan terus membayar setiap minggu dan bulan. Ini adalah adat berniaga.. ada pasang surutnya tetapi perniagaan harus diteruskan. Bagi mereka yang faham apa tu sebenarnya Profit Sharing atau Perkongsian Untung akan memahaminya.. Club-Asteria bukan program pelaburan dimana anda dijanjikan % tertentu setiap hari/minggu/bulan.

Kesimpulan, anda perlu terus membayar bulanan kerana dengan cara ni akan meningkat keuntungan syarikat dan meningkatkan % bonus mingguan. Dan jangan lupa untuk membeli atau memperkenalkan produk syarikat di http://asteria-pro.com atau ikut panduan menjalankan bisnes Club-Asteria disini

Nota: Ini adalah pandangan/syor Admin

Saturday, May 28, 2011

Terima Kasih

Apakah nilai kepada setiap ahli apabila seseorang mengucapkan “Terima Kasih” kepada Club-Asteria. Ucapan “Terima Kasih” diteruskan dengan kata-kata; ” Bagaimana saya boleh mengucapkan Terima Kasih yang sebenarnya kepada semua ahli Club-Asteria yang benar-benar mengambil berat dengan membantu ketika dalam saat-saat terdesak”. Di Club-Asteria, bagi pihak semua ahli, kami menerima email dan mendengarnya setiap hari sepanjang tahun. Ucapan “Terima Kasih” kerana membantu kanak-kanak yang tiada tempat tinggal iaitu anak yatim-piatu dan tiada bumbung diatas mereka. Ucapan “Terima Kasih” apabila kanak-kanak boleh ke sekolah dan mendapat pendidikan. Kebaikan dan Murah hati setiap ahli dan falsafah yang mendalam dalam komitmen untuk membantu mereka yang tidak dapat membantu diri sendiri telah mewujudkan perbezaan ini.

Kerana ini juga la, seorang bapa di Kambodia boleh menyara keluarga kerana kami memberikan mereka pinjaman mikro untuk memperbaiki lori, seorang ibu di India dapat menyumbang kepaada kebajikan keluarga dengan memberikan dia bantuan kewangan untuk membeli mesin jahit dan pakaian. Dari pekebun kepada perniaga kecil dan wanita, kepada usahawan dalam apa jua perniagaan, pinjaman mikro yang disediakan oleh ahli membolehkannya melakukan perbezaan diantara kehidupan dan kematian. Tidak kira apa jua keadaan dalam kehidupan, terdapat terlalu ramai manusia didunia yang amat memerlukan bantuan lebih dari apa yang kita perlukan.

Tujuan sebenar dan nilai asas Club-Asteria adalah untuk sampai kepada orang tersebut diseluruh dunia yang tidak dapat membantu diri sendiri. Kami menyediakan bantuan dimana tiada orang lain yang menyediakanya. Kami memberikan mereka harapan dan kepercayaan di dunia yang lebih baik. Setiap program, perkhidmatan dan produk yang ditawarkan kepada ahli dapat membantu kami menyempurnakan misi demi membantu mereka yang memerlukan. Kami membantu ramai keluarga dan masyarakat untuk mendapat bekalan air yang bersih, rawatan perubatan yang lebih baik, tempat tinggal, makanan yang berkhasiat dan pendidikan untuk anak-anak mereka. Saya secara peribadi ingin mengambil peluang ini mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada setiap ahli Club-Asteria yang telah menjadikan ini semua satu kenyataan. Usaha ahli untuk menjadi baik dan melakukan terbaik sementara kita hidup didunia ini adalah amat membanggakan.

Kami akan terus menerus berusaha mengejar misi dan visi dalam memperbaiki kehidupan orang ramai sehingga ke generasi yang akan datang. Tiada ucapan “terimakasih” yang diperlukan oleh kami di Club-Asteria kerana ia adalah tanggungjawab kita dan tugas kita dalam kehidupan untuk berbakti dalam membantu orang lain. Ini adalah yang sebenar-benarnya disebalik Club-Asteria

Andrea Lucas
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan ini mungkin kurang tepat. Sila rujuk NEWS di web Club-Asteri

Thursday, May 19, 2011

Bagaimana Keuntungan Bersama di Club-Asteria berfungsi?

Setiap minggu keuntungan yang diterima oleh Club-Asteria hasil dari jualan produk dan perkhidmatan dikira oleh pekerja bahagian akaun. Kami kemudian akan berkongsi 30% dari jumlah tersebut kepada setiap ahli yang aktif. Keuntungan akan turun dan naik bergantung kepada berapa ramai ahli yag secara aktif mengambil peluang atas penggunaan dan/atau penjualan mana-mana produk dan perkhidmatan. Kami menjual produk dan perkhidmatan ini melalui kesemua website e-commerce milik ahli dan juga kewujudan kami di internet. Lebih baik produk dan perkhidmatan kami, lebih menarik akannya, lebih banyak pendedahan yang kita wujudkan dan lebih nilai kepada mereka, lebih tinggi permintaannya maka ia akan menyebabkan keuntungan meningkat.

Kami hanya boleh berkongsi keuntungan apa yang kami perolehi pada minggu tersebut. Jika kami lakukan lebih dari itu, akan membahayakan keutuhan kewangan syarikat dan keupayaan untuk terus beroperasi secara effectif dan menyediakan manafaat kepada semua ahli. Kami mengambil tanggunjawab ini secara serius untuk terus kekal dalam kedudukan kewangan yang selamat untuk terus melayani ahli-ahli kami untuk tempoh bertahun-tahun yang akan datang. Kami tidak mengawal keuntungan yang diterima, kami hanya boleh berkerjakeras untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menarik kepada pasaran dan kesemua ahli menyokongnya.

Saya harap ia akan memberikan penerangan yang jelas kepada setiap ahli bagaimana keuntungan bersama berfungsi. Matlamat Club-Asteria adalah terus membantu ahli mendapat pendapatan tambahan dan memyediakan bantuan kepada orangramai diseluruh dunia. Inilah misi sebenar yang kami kongsikan.

Andrea Lucas
Pengarah Syarikat

p/s: Terjemahan ini mungkin tidak tepat, sila rujuk NEWS asal di website Club-Asteria.

Wednesday, May 18, 2011

Ia Mengambil Masa

Kami mempunyai komitmen falsafah yang mendalam di Club Asteria untuk memberikan manfaat berharga untuk semua ahli kami dan memberikan bantuan kepada masyarakat dunia yang tidak dapat membantu diri mereka sendiri. Komitmen untuk membantu ahli kami mendapatkan pendapatan tambahan adalah di dalam asas nilai-nilai kami dan kami tak akan tergoyah dalam pengejaran ini. Ketika kami mengejar impian untuk menyediakan pendekatan yang inovatif dalam membantu orang lain diseluruh dunia, kami tahu ia bukan perkara yang mudah dan ia tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Kami tahu untuk syarikat kita menyediakan produk dan perkhidmatan yang efektif , ia akan mengambil masa. Seperti yang kami bayangkan apa jua kemungkinan, kami memahami kami akan berurusan dengan projek yang besar dan sukar.

Ketika mewujudkan Club-Asteria, keutamaan kami ialah untuk mendapatkan kepercayaan dan menghormati setiap ahli dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang bernilai. Club-Asteria telah menyediakan satu pasukan yang menakjubkan yang terdiri dari beberapa pemimpin dalam bidang e-commerce, pendidikan, kewangan, pembangunan internet, perniagaan dan jati-diri. Apabila kesemua pemimpin ini bergabung pengetahuan dan pengalaman, hasilnya pastinya menakjubkan. Kami ada produk dan perkhidmatan yang akan disediakan untuk anda dalam masa 30-60-90 hari akan datang. Produk ini termasuk turn-key iklan perniagaan, email web-based untuk penyelesaian pemasaran, aplikasi untuk menyediakan lebih pendapatan, barangan elektronik seperti tablets dan PCs dan berpuluh-puluh lagi produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk membantu anda mendapatkan pendapatan tambahan. Kami percaya akan potensi pendapatan anda dan tahu dengan kesemua produk dan perkhidmatan ini, masadepan adalah lebih cerah.

Kami telah memperkenalkan Asteria-Pro, e-wallet yang ditawarkan melalui rakan perniagaan kewangan dan program pendidikan keusahawan. Asteria-Pro disediakan untuk semua ahli dan menyediakan terus perniagaan yang berpotensi menjana pendapatan. Selain dari itu, kami memberi tumpuan kepada mengajar usahawan yang tidak berpengalaman untuk mengunakan program ini untuk kejayaan mereka sendiri. E-wallet yang diuruskan melalui telefon mudahalih telah menyediakan capaian pengurusan kewangan keseluruh dunia dengan mudah, selesa dan kos yang efektif. Ia juga membolehkan pengunaan kad debit MasterCard secara terus – anda tidak perlu menunggu satu atau 2 hari untuk duit tersebut sampai ke kadebit anda. Apa lagi yang lebih menyenangkan jika bukan hanya menggunakan telefon mudahalih dan menghantar SMS kepada diri sendiri dan terus mendapat wang tunai? Club-Asteria melalui platform pendidikan, menyediakan maklumat dari pemimpin, penulis dan usahawan berjaya yang berpengalaman dari seluruh dunia untuk membantu setiap ahli dalam mempelajari bagaimana mengambil peluang keatas semua program kami.

Club-Asteria dibentuk dari setiap ahli dan hanya kuat atas komitment falsafah dimana setiap ahli berkomitmen untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini, komitmen untuk anak-anak kita, keluarga kita dan masyarakat kita. Inilah impian dan kepercayaan yang kami mahu setiap ahli kongsikan.

Andrea Lucas,
Pengarah Urusan

p/s: Terjemahan mungkin kurang tepat. Sila rujuk NEWS asal di website Club-Asteria.